Sunday, April 22, 2012

PAS GILA BENDERA... TIBAI, BANTAI DAN ABAI

Hari ini jika pergi ke kawasan Bangi dan Kajang dengan mudah kita akan melihat begitu banyak bendera dipasang di semua kawasan, di sepanjang jalan, di bulatan-bulatan, di tiang elektrik dan pelbagai tempat lagi. Suasana tidak ubah seperti pilhanraya kecil  sedang berjalan.



Kebanyakannya adalah bendera PAS, sedikit bendera BN dan sedikit bendera lambang mata serta lambang roket. PAS memang sejak dahulu lagi terkenal dengan gila benderanya. PAS akan gila memasang bendera di tempat-tempat yang paling tinggi. 

Kami penyokong tegar


Nyawa belakang kira.
 

Ada puncak bukit PAS akan pasang bendera. Ada pokok besar yang tinggi PAS akan cuba letakan bendera. Ada tiang yang paling tinggi PAS akan letak bendera. Ada batu besar yang boleh dilihat dari jauh PAS akan letak bendera dia atau cat batu tersebut dengan lambang PAS.

Itu adalah antara strategi PAS dalam memberitahu orang ramai tentang kewujudan atau kehadiran parti mereka. Termasuklah di kawasan sekitar Bangi dan kajang yang kini mesti dipertahankan seboleh mungkin. Tambahan pula semasa Dr Hassan Ali mengadakan ceramah isu murtad  di Bangi tempoh hari telah berjaya mengundang lebih daripada 3,000 orang walaupun cuba di sabotaj oleh PAS dan kuncu-kuncunya.

Di Terengganu ni..


Wau bule!! toraju tigo
 

PAS ini bukannya pandai sangat dalam bidang pentadbiran. Mereka lebih dominan dalam hal mengadakan ceramah. Sebagai sebuah pertubuhan politik PAS masih memegang 3 rekod dunia, kira-kira pingat emas masih dalam gengaman mereka hingga kini.

Pertamanya PAS paling gila dan asyik memasang poster dan bendera, hinggakan benderanya koyak rabak dan kupam, melambangkan sebuah parti yang kupam, muram dan jumud.

Keduanya PAS paling gila berceramah sepanjang masa (bukan sepanjang tahun) dan rekod ini tidak dapat diatasi oleh mana-mana parti politik di dunia ini. Ceramah PAS tidak mengira waktu kempen pilihanraya, musim pilihanraya atau musim menuai, musim tengkujuh, musim budak berkhatan, musim nikah kahwin, musim bolasepak, musim melawat Malaysia, musim melawat Kedah atau musim perayaan. PAS menganjurkan beribu-ribu ceramah sepanjang masa dalam setahun.

Kompem monang pasukan tu


La dah sama pulak dengan slogan Israel For All, sapo tighu sapolah tu
 

Ketiganya PAS memegang rekod fitnah, maki hamun dan adu domba sesama manusia. Dosanya sudah tentu besar dan mereka terpaksa menanggung bersama antara penceramah, pemimpin, ahli dan pendengarnya. Semua itu terlibat dan bersyubahat, kononya untuk mendapat pahala, sebaliknya mendapat dosa percuma. Dosa mereka akan bertambah besar apabila segala maki hamun diikuti dengan takbeeerrr!!!

Jika nak masukan lagi satu rekod boleh jugak iaitu parti ajaran sesat ini merupakan satu-satunya parti dalam dunia ini yang menjanjikan syurga kepada ahlinya. Tidak ada parti lain walau dimana-mana negara yang mampu berbuat demikian. Undi PAS masuk syurga, ini paling menyeleweng dan sekiranya ada yang terpengaruh dengan pemikiran ini, tanggunglah dosanya. Syurga dan Neraka adalah ketentuan Allah swt, tidak ada mana-mana makhluk yang boleh menjamin orang lain masuk syurga.

Juga tidak ada mana-mana parti politik di dunia ini yang menggunakan agama semaksimum mungkin demi nyawa politiknya selain parti PAS. Terimalah hukum karma selepas ini nanti.

Jika ditakdirkan PAS berkuasa di Malaysia, PAS mungkin memasang bendera gambar bulan penuhnya di Menara Kuala Lumpur, di Menara Kembar Petronas dan mungkin juga di dinding kapal terbang MAS.   

Terbang tinggi akhirnya 

PAS tidak peduli jika ada ahlinya yang mati terjatuh ketika memasang bendera atas pokok tinggi, atas bukit tinggi atau atas bangunan tinggi. Matilah.. ahli itu dan keluarganya percaya bahawa 'ganjaran besar' sedang menanti.

PAS tidak peduli jika ada ahlinya atau petugasnya mati kena arus elektrik sewaktu memanjat tiang kabel untuk memasang bendera parti. Sepatutnya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat kes tersebut, bukan sahaja ahli mati, tetapi juga menceroboh harta awam.

Di Mekahpun ada ahli PAS yang membawa bendera PAS. Ada juga ahli PAS menjadikan lambang bulan tersebut sebagai sejadah waktu sembahyang. Di Putra Jaya dalam satu majlis awampun PAS sanggup menyuruh ahlinya mencemarkan suasana dengan memasang bendera parti tersebut. Malah di tempat lumba kereta Formula One pun PAS sanggup meletakan benderanya.

Tak ado tompek lain ko nak lotak??

Ish..ish.. siapa pulak yang cipta ni??
 

PAS gila bendera, gila ceramah dan gila maki hamun. Habislah PAS selepas ini.
  

No comments:

Post a Comment