Tuesday, April 17, 2012

SEMUANYA RANAP...RIBUT TAUFAN MELANDA SHAH ALAM..

PM yakin rampas Selangor

14/04/2012 6:10pm

SHAH ALAM 14 April - Datuk Seri Najib Tun Razak dalam nada penuh yakin berkata, angin perubahan sedang bertiup kencang bagi mengembalikan Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan di negeri ini pada pilihan raya umum akan datang.

Perdana Menteri berkata, angin kencang itu akan meranapkan sesiapa sahaja yang cuba menolak tuntutan rakyat terutamanya generasi muda bagi membuat perubahan tersebut.

“Siapa kata anak muda tidak sokong BN. Bukan sahaja orang muda, orang tua yang berhati muda, kita semua sudah membuat pilihan iaitu BN.

“Kita ingin supaya berlaku perubahan kerana pada 2008, rakyat telah dibuai serta ditipu dengan janji-janji manis yang didagangkan oleh mereka (pembangkang),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pelancaran pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Waris Malaya sebagai Sahabat BN di Dataran Transformasi, Kampung Jalan Kebun, di sini hari ini.
Lebih 10,000 anak muda dengan konvoi bermotosikal membanjiri dataran tersebut bagi mendengar ucapan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN. - UTUSAN

Berita di atas patut menjadi penyuntik semangat kepada jentera BN dan juga penyuntik semangat kepada bekas Menteri Besar Selangor. Kuatkan iltizam dan bertungkus lumus lah untuk merampas kembali Selangor. Bukan mudah tetapi tidak mustahil kan? PM sendiri sudah yakin dengan sokongan rakyat yang telah kembali kepada BN.

Jadi wahai rakyat Selangor, jangan ada unsur cah keting, jangan ada yang merajuk dan jangan ada yang menikam dari belakang. Buangkan semua persengketaan, dapatkan semula Selangor dan selepas itu kalau nak bergasakpun bolehlah. 

No comments:

Post a Comment