Wednesday, March 28, 2012

BLOGGER2 OTAI BN YANG BERPINDAH KEM

Dalam posting terdahulu, catatan telah terkeluar daripada tajuk dan seperti yang dijanjikan posting ini adalah  maksud sebenar penulis. Sebenarnya tajuk 'LAMAN WEB SPR KENA GODAM!!'  adalah antara kebimbangan Jokiden menjelangnya PRU13, dan juga pada masa hari mengundi kelak.


Semua bersetuju, dalam mana-mana pilihanraya parti-parti yang bertanding akan melakukan apa sahaja demi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka. Di negara ini terutamanya parti pembangkang akan berubuat apa sahaja hinggakan ada masanya sanggup melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan undang-undang negara semata-mata nak mencari kemenangan.

1. Amat dibimbangkan ialah pencerobohan kepada sistem sesawang SPR. Seorang bekas penyokong tegar Pembangkang pernah mendedahkan bahawa pada PRU12 orang asing pernah digunakan untuk 'mengganggu' laman web SPR. Pihak SPR harus senantiasa memantau perkara ini kerana sekiranya ia dapat dicerobohi, implikasinya bukan kecil nanti. Berlaku sedikit sahaja ketidakstabilan dalam sistem akan dimanipulasi sebaik mungkin oleh pembangkang kelak dengan mengatakan bahawa SPR bersekongkol dengan BN dan ini pastinya memudaratkan.

Teringat juga penulis kepada video tvpas 12 minit  yang dimuat turun ke youtube tentang setengah juta pengundi hantu dan 18,000 orang berada di Pekan yang didedahkan oleh Nuar Brahim. SPR sudah respon ke belum saya tidak pasti. Kali pertama menontonnya hanya 30 orang pelawat, kini view telah mencecah puluhan ribu. Jika Nuar menimbulkan perkara remeh temeh pada anggapan SPR, ianya juga perlu dijelaskan walaupun dengan cara yang remeh juga. Jika tidak persepsi orang ramai ialah seperti tuduhan Nuar iaitu SPR menipu. Ini isu yang dekat dengan hati rakyat dan Nuar amat sukakannya. Biasalah dia menggunakan ayat puakanya iaitu "saya mempunyai bukti kukuuuuhhhhh!!!" So SPR tolong respon dan jangan musnahkan semua yang baik yang BN telah reformkan hanya dengan sedikit kecuaian.

2.  Turut membimbangkan Jokiden ialah dana asing digunakan untuk membeli undi terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar. Rasanya dengan jumlah 3 billion, cukup untuk mengubah keputusan pilihanraya umum di negara ini. Kalau dana asing digunakan setakat untuk jentera kempen PRU oleh pembangkang, masih boleh ditangani tetapi jika dana digunakan untuk merasuah pengundi, kesannya amat menakutkan. Pengundi akan berkata "alah aku seorang yang tak mengundi BN, no hal lah, ramai yang lain akan mengundi.." apa kata jika 2 juta pengundi beranggapan demikian di dalam hati mereka.? Perkara ini mesti di pantau, kerana ianya tidak mustahil berlaku dan Tan Sri Kadiaq telah menyebutnya samada secara tidak sengaja atau secara sengaja dengan motif tertentu.

3.   Agen asing menyibuk semasa PRU13 dan ditakuti peranan mereka bukan setakat pemerhati tetapi sebaliknya ingin mempastikan proxi mereka memenangi pilihanraya atau ingin membuat kekacauan. Mereka akan berselindung di sebalik ingin memantau, ingin mempelajari dan sebagainya. Nasihat mantan Perdana Menteri Tun M, harus direnungi oleh rakyat iaitu hanya pengundi dan rakyat yang dapat menamatkan riwayat politik Nuar ni. Rakyat mesti menolak Nuar jika mahukan negara terus stabil, katanya.

4.  Terlintas juga pada fikiran, keadaan akan menjadi kalut sekiranya pada saat akhir terdapat komponen BN yang melompat dan mengistiharkan keluar gabungan. Langkah menanganinya mesti difikirkan sekarang. Kisah Yong Teck Lee dan Pairin dulu harus dijadikan iktibar. Perkara ini boleh terjadi disebabkan oleh banyak faktor seperti kerenah pemimpin, pembahagian kerusi, tawaran lumayan, hilang keyakinan ataupun kerana marah. 

5.   Pendatang asing yang berjuta-juta jumlahnya di negara ini mungkin diupah untuk melakukan sesuatu yang boleh mencemarkan imej kerajaan, imej polis dan imej SPR. Dana pembangkang kan besar, apabila melihat kepada suasana yang tidak mungkin menyebelahi mereka kelak, mungkin mereka akan membuat onar supaya keadaan menjadi tidak terkawal, PRU dibatalkan dan media asing melaporkan seluas-luasnya.

6.  Pengumuman orang-orang lama dan berpengaruh keluar parti dan menyertai pembangkang atas alasan-alasan yang tidak masuk akal. Mungkin ramai yang akan mengikut langkah Tan Sri Kadiaq, cuma menunggu masa yang sesuai untuk berbuat demikian. Mereka bukan suka dengan pembangkang, cuma mereka tak sukakan BN lagi. Sedikit sebanyak kesannya pasti ada terutamanya kepada pengundi atas pagar.

7.  Bimbang juga beberapa orang blogger otai BN beralih angin dan menyertai kumpulan blogger pembangkang. Jika blog yang kecik-kecik tak apa, tetapi kalau blog yang menerima hit berjuta pengunjung meninggalkan group blogger BN ni, pasti meninggalkan kesan yang besar juga nanti. Ia akan jadi salah satu bahan kempen pembangkang yang akan dimanipulasi semaksimum mungkin. Misalnya ada blogger yang berpotensi jadi calon, tetiba nama tak naik.

8.  Keluar isu-isu besar yang tidak dijangkakan pada saat-saat akhir yang tidak mampu dijelaskan kembali oleh kerajaan. Ini pasti menjadi bahan atau modal kempen pembangkang. Isu-isu lama yang menguntungkan mereka walaupun ternyata fitnah dan tidak benar tentulah akan dikitar semula, diberi nafas baru, diberi sentuhan istimewa demi untuk memesongkan pemikiran rakyat. Isu-isu peribadi yang menggila juga pastinya digunakan secara meluas kali ini. BN mesti bersedia.

9.  Pembangkang akan menggunakan cara berkempen yang agresif. Ini sebenarnya sedang mereka susun. Kerana PAS memerintah negeri miskin Kedah dan Kelantan, maka dana akan ditanggung oleh DAP dan PKR. Buat apa sahaja. Lakukan apa sahaja, segala peruntukan beres. Namun biasalah mereka akan kata  mereka miskin, kurang dana, kurang jentera, BN terlalu kuat, 2/3 tak mungkin, dapat kekalkan 4 negeri jadilah, bla..bla..bla...itu nak tarik simpati.

10. Turut dibimbangi ialah rusuhan dirancang pada hari mengundi. Pembangkang akan merancang apa sahaja. Satu kisah sebagai contoh, pada ceramah pertama selepas penamaan calon pada pilihanraya kecil Lunas, seorang penceramah mengingatkan pendengar bahawa "pada hari mengundi kelak akan ada 10 buah bas membawa pengundi hantu dan kita mesti halang..."  Jokiden berada betul-betul di depan pentas dia bercakap. Bila akhirnya pada hari mengundi benar ada 10 buah bas yang membawa penyokong pembangkang dan di tohmahkan sebagai pengundi hantu BN, maka rakyat marah dan undi berpihak kepada si muka bulan tu. Maknanya mereka membuat perancangan untuk menimbulkan suasana sedemikian kerana itu boleh memberi keuntungan kepada mereka. Walaupun akhirnya disahkan bas itu membawa penyokong PKR, namun kerosakan telah berlaku.   

No comments:

Post a Comment