Showing posts with label SAIFUDIN ABDULLAH. Show all posts
Showing posts with label SAIFUDIN ABDULLAH. Show all posts

Thursday, April 19, 2012

MENTERI UMNO SOKONG DEMONTRASI MAHASISWA SEWEL.. KERETA MEWAH TERBAKAR

 

"Isu PTPTN amat dekat dengan hati mahasiswa. Saya memahami sentimen itu. Saya tidak ada masalah mengenai itu kerana perhimpunan dan demonstrasi adalah sebahagian demokrasi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, beliau tidak bersetuju dengan cadangan pembangkang yang mahu memansuhkan PTPTN, sebaliknya mahu cara pengurusan tabung itu dikaji semula bagi penambahbaikan.

"Sebagai contoh kita patut mengkaji secara mendalam cadangan Pemuda UMNO mengenai isu ini yang diperoleh ketika mengadakan perbincangan Meja Bulat PTPTN lalu," katanya.

Agak-agaknya siapalah Menteri dari UMNO ni yang sokong para pelajar mengadakan demontrasi di Dataran Merdeka kerana membantah PTPTN dan minta ianya dihapuskan. Tentu ramai para blogger yang boleh meneka. Kenyataan menteri tersebut Jokiden ambil dari Utusan Malaysia semalam. 

Implikasi daripada demontrasi ini sebenarnya banyak dan ia melibatkan semua pihak dan imej negara tentunya tidak elok dari pandangan negara luar.

Samada demontrasi tersebut dibiarkan dengan pendemo melakukan segala macam bentuk provokasi, penghinaan terhadap pemimpin mahupun ia dihalang dengan cara kekerasan ia tetap tidak memberi sebarang faedah terhadap negara ini. Dari itu sesiapapun dikalangan menteri tidak patut sama sekali memberikan sokongan moral.

Perhatikan pula kenyataan daripada pemimpin pelajar di bawah yang juga disiarkan oleh Utusan Malaysia. Bandingkan.


KUALA LUMPUR 17 April - Tindakan sekumpulan mahasiswa menyertai demonstrasi membantah pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mencemarkan imej penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) keseluruhannya.

Yang Dipertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Mohd. Hafiz Ariffin berkata, sebagai pelajar IPT, mereka sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat.

"Bergelar penuntut IPT merupakan perkara yang paling membanggakan dan mereka seharusnya menggunakan peluang itu untuk menimba ilmu dengan sebaik-baiknya.

"Demonstrasi bukanlah jalan terbaik menyuarakan pendapat, sebaliknya, sebarang rasa tidak puas hati perlu disuarakan menerusi rundingan," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.