Showing posts with label KETUA PENIPU. Show all posts
Showing posts with label KETUA PENIPU. Show all posts

Friday, April 26, 2013

Memang Tidak Boleh Pakai Cakap Dia Ni..

 
 

Semalam Jokiden agak sibuk, banyak juga program untuk dihadiri, termasuk menghadiri Penerangan LGBT oleh seorang pakar runding@pakar motivasi. Blogpun tidak sempat di updatekan. Maka Jokiden sekadar ingin mencatatkan perjalanan sepanjang hari semalam  sahaja.
 
Sebelum itu dalam satu majlis ceramah Jokiden memberitahu bahawa Nuar Brahim bukannya manusia setakat dua alam, tetapi 8 alam. Di sini dia cakap lain, di sanun dia cakap lain. Depan orang Cina dia putar lain, depan orang India dia belit lain.
 
Sekejap dia kata dia ingin menjadi Perdana menteri supaya dia dapat membongkar segala salah laku pemimpin UMNO/BN termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad. Sekejap lagi dia kata dia memaafkan Tun Mahathir dan sekejap lagi dia kata dia akan menghereeeeeeeeeeeetttttttttttttttt!!! bekas Perdana Menteri itu ke mahkamah dan 'menghumbannya' ke penjara.

Sekejap dia menunjukkan watak seolah-olah dialah lelaki paling budiman dalam dunia ini dan tidak akan berdendam dengan sesiapa sahaja musuh politiknya. Sekejap lagi dia kata dia hendak mengajar TV3 dan Utusan.
 
Kelentong di depan orang PAS lain, di depan Kristian di Sarawak lain, di depan Kedazan Dusun lain dan di depan pengundi orang Asli juga lain. Itulah kehebatan dia.
 
Bukan sahaja orang di dalam negara yang menggelarnya sebagai sesumpah politik, tetapi juga penulis di luar negara juga menganggapnya begitu. Memang tidak boleh pakai dan tidak boleh dipercayai kata-katanya.
 
Tetapi apa nak dikata Husam Musa masih ingin menabalkan dia sebagai Perdana Menteri kerana Husam Musa sudah tidak lagi nampak orang lain yang lebih baik daripada Nuar. Alahai Husam.
 
Di Sabah dia hina Nik Aziz, penyokong Nik Aziz sengeh saja dan Nik Aziz pula tersenyum simpul dengan hinaan Nuar. Di Sabah juga dia hina Hj Hadi yang lebih muda sedikit dari Nik Aziz, namun Hj Hadi Reda sahaja seolah-olah tiada apa yang berlaku.
 
Di Kota Bharu dia kata HJ Hadi yang menulis setiap patah perkataan dalam mesyuarat pakatan bagi diistiharkan sebagai hujah untuk mempertahankan penggunaan Kalimah Allah oleh orang bukan Islam. Walaupun di Sabah dia kata Hj Hadi tidak tahu apa-apa, tetapi di Kota Bharu dia kata dia tidak ubah walaupun sepatah ayat yang ditulis oleh Hj Hadi kerana Hj Hadi faham agama. Hj Hadi tetap sengeh dan tersenyum simpul dengan hinaan Nuar tersebut.
 
Setakat itu dulu, kini disambung semula kisah perjalanan Jokiden semalam.
 
Kembali ke rumah lewat pagi, minda terasa letih, idea untuk menulis hilang entah ke mana. Sebelum merihatkan badan sempat juga membaca blog rakan-rakan dan membuat komen di mana patut.
 
Terasa resah membaca kaji selidik UMCEDEL namun terasa damai semula apabila melihat kegigihan calon BN di Permatang Pauh. Responden yang dikaji oleh UMCEDEL 1,400 orang/13 juta pengundi. Hasil kaji selidik mengikut Harakah Nuar mendahului PM.
 
Jokiden juga membuat kaji selidik, namun jumlah responden jauh lebih kecil iaitu 270/13.3 juta. Tentulah ia tidak menggambarkan kedudukan sebenar keputusan PRU13.
 
270 yang dikaji ialah pengundi di kampung Jokiden. 235 memilih DSMN sebagai PM iaitu sebanyak 87%. Sementara 35 orang memilih Nuar = 13%. Untuk bergembira sebentar bolehlah. Pada hari pengundian Jokiden amat pasti peratusan di atas akan berubah dimana kemungkinannya 79%/21%.   
 
Program di DUN Ampangan yang sempat Jokiden hadiri, rasanya calon BN kali ini dengan mudah akan dapat menewaskan calon PKR@bakal MBNS. Seorang aktivis masyarakat yang suka merendah diri dan mesra dengan panggilan Hj Abu, dikenali oleh masyarakat Ampangan, BN bolehlah mengambil kira satu kerusi telah selamat.
 
Calon DUN Sikamat, nampaknya cepat menyesuaikan diri dengan suasana. Tidak ada suara tinggi seperti yang selalu beliau lakukan sekiranya memberikan ceramah pada masa lampau. "Saya membawa panji-panji BN, tolonglah sokong saya.." itu antara katanya. Tambahkan sedikit usaha lagi Sikamat juga bakal kembali kepangkuan BN. Insyaallah.
 
Bekas ADUN Pilah Tuan Hj Adnan pada malam tadi melancarkan Jentera Pemudanya. Meriah, bersemangat, teruja dan jumlah kehadiran agak ramai. Dia mungkin menghayati nasihat Perdana Menteri bahawa jika hendak merajukpun cukuplah sekadar 24 jam, kemudian turunlah bekerja semula.
 
Calon Parlimen Kuala Pilah, Dato' Hassan Malek, jika semalam telah menyambut hari lahirnya dengan menjemput Sdr Azwanddin Hamzah sebagai penceramah undangan, pada malam tadi masih kelihatan bersemangat. Kehadiran beliau di Bilik Gerakan DUN Pilah telah menambahkan lagi keghairahan dan berjaya menyuntik semangat jentera pemuda. Calon baru DUN Pilah, Dato' Norhayati Omar, jelas tenang sepanjang majlis.
 
Di Juasseh calon BN yang dikatakan mendapat saingan sengit dari calon PKR, seorang anak watan Juasseh rasanya perlu bekerja lebih masa untuk meraih sokongan. Beliau pada malam tadi berkempen nun jauh di penghujung kawasan iaitu di Tengkek bersama barisan jenteranya yang tetap gigih menjawab segala tuduhan pihak pembangkang.
 
Jokiden sempat ke Jempol selepas tamat waktu kempen. Bendera DAP sudah banyak terpasang di Pekan Bahau tidak seperti dua minggu lalu hanya 3 helai. Bahau sudah meriah dengan perang poster, namun dengan Tan Sri Isa menjadi calon di Parlimen Jempol, DUN Bahau sudah hampir pasti akan jatuh ke tangan BN kali ini.
 
Bilik Gerakan UMNO/BN masih ada penunggu. Namun bilik Gerakan Pakatan sudah tidak ada penghuninya kecuali lampu yang dipasang.
 
Lewat pagi, dalam perjalanan pulang sepanjang dari Kuala Pilah ke Seremban, Jokiden dapati ke semua bilik Gerakan BN tetap ada petugas sedang duduk-duduk. Sementara hanya beberapa buah sahaja bilik Gerakan pakatan yang masih ada petugas, selebihnya hanyalah lampu. Ini semua memberi petanda bahawa jentera BN di Parlimen Kuala Pilah masih mengatasi jentera pakatan.

Letih, penat dan sedikit moody, namun sebelum melabuhkan badan Jokiden terasa terhibur juga disebabkan dua perkara. Pertama video ZAM yang mengatakan Aizan Razak sudah tidak peduli samada PAS menang atau kalah di Kedah dan dia juga mengesahkan betapa bencinya Azizan kepada Nuar.

Keduanya Jokiden terhibur kerana ceramah Nuar Brahim di Kuantan hanya di hadiri oleh sekitar 100 orang pendengar sahaja, sementara ceramah Salahuddin Ayub hanya mampu mengundang 40 orang pendengar. Apakah maknanya itu semua???? 
 
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
 

Saturday, March 24, 2012

JIKA MENIPU SOHEH (SAHIH) KENA PECAT

Anwar sedia berdebat



KUALA LUMPUR 22 Mac - Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini enggan berdebat dengan pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, hari ini menukar pendirian dan bersedia untuk berbuat demikian termasuk dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua pembangkang itu berkata, beliau bersetuju untuk berdebat setelah dicadangkan berbuat demikian oleh pengasas WikiLeaks, Julian Assange yang menghubunginya malam tadi.

Dia nipun kan ke pernah kena tangkap???
 

Menurut Anwar, Assange mencadangkan beliau berdebat dengan Raja Petra dan Najib secara terbuka dan Assange akan menganjurkan debat tersebut secara langsung. Saya telah memberi jawapan untuk bersetuju kepada Assange melalui Twitter," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata, Assange tidak memaklumkan mengenai tarikh debat berkenaan, namun, beliau bersedia pada bila-bila masa untuk menyertai debat itu yang boleh diikuti oleh seluruh dunia. (Petikan dari Utusan Malaysia)

Ni modal terbaru Nuar yang akan disampaikan pada sessi ceramahnya yang akan datang. Dia akan jaja Julian Assange telah meminta dia berdebat dengan PM dan dia bersetuju, malangnya PM takut untuk berhadapan dengan dia. Dia akan putar dan dia akan belit isu ini sampai orang percaya sampai orang kagum yang dia berani berdebat.

Boleh percaya ke yang JA tu menghubungi dia???? ada ke bukti-bukti soheh ke?? Wartawan tengok ke tweet dia tu??

Atau dia sengaja merekasaya cerita ini semata-mata nak tutup malu apabila takut untuk berdebat secara terbuka dengan RPK tempoh hari. Dia pusing dah.. dia kata hari tu wawancara, bukan debat. Kalau tak menipu bukan Nuar.. menipu macam Nuar.. banyak lagilah peribahasa yang telah dicipta oleh Karam Singh Wallia sehinggakan DBP pening kepala. Tengok balik posting di Kepal Nasi Kepal Beras tempoh hari.

Dalam video di youtube selama 12 minit tentang pengundi hantu Nuar ada mengatakan bahawa jika menipu seseorang itu mesti kena pecat masa tu jugak. Perbuatan itu tidak boleh langsung diterima di India. Bukan main lagi dia puji sistem pilihanraya India, siap sebut nama Kareena Kapoor lagi.

Kisahnya sekarang Nuar ni dah banyak sangat menipu, macam-macam yang dia tipu. Semasa dia dalam UMNO dulupun ramai pemimpin UMNO yang kena tipu. Ada seorang tu dia tipu hidup-hidup, mati-mati orang tu percaya. Dia kata PM suruh letak jawatan, pada hal mana ada PM suruh orang tu letak jawatan...Bapak segala penipuan ialah tarikh 16 September.

Banyak dah penipuan Nuar ni yang didedahkan oleh pelbagai pihak. Jadi Jokiden cadangkan kepada Wan Azizah, pecat dia sebagai Ketua Umum. Pakatan Pembangkang pecat dia dari jawatan Ketua Pembangkang. Khalid pecat dia dari jawatan penasihat ekonomi bergaji RM1 tu. Nak harap dia pecat diri sendiri, usah mimpilah. So pecat dia sekarang jugak. Tapi kalau tak ada sesiapa yang berani pecat tak apa, tunggu jelah PRU13 RAKYAT DAN PENGUNDI DI PP AKAN PECAT DIA. Rakyat kan Hakim Negara.

"Anwar Ibrahim has created alot of trouble for this country...Anwar Ibrahim harus dipecat" Kapal Sink.