Sunday, July 7, 2013

Malaysia Selepas 55 Tahun..


 
Belum popular, dalam Google baru ada beberapa keeping je potret dia ni..

Semasa kecil dan ketika itu siaran TV masih belum ada atau terhad sangat, orang kampong mendengar siaran langsung perlawanan hoki antara Malaysia dengan Negara asing menerusi corong radio.
 
Jika seseorang itu pekerja buruh di ladang, radio dibawa bersama kerana tidak mahu ketinggalan daripada mengikuti sesuatu perlawanan tersebut.
 
Tidak terhad dengan perlawanan hoki, pertandingan badminton, bolasepak dan sepakraga juga diikuti menerusi siaran radio. Akibatnya ialah juruhebah RTM yang menjadi pengulas sukan tersebut ketika itu menjadi tersangat popular. Antaranya Karim Mohamad dan Rahim Razali. Masa itu Zainal Abidin Rawoop masih belum lahir lagi ke dunia ini.
 
Mengikuti perlawanan akhir badminton antara Malaysia yang diwakili oleh Punch Gunalan, Eng Boon Bee, Abd Rahman Mohamad dan lain-lain membuatkan jiwa menjadi segar. Kemenangan selalunya berpihak kepada pemain Malaysia.
 
Semangat patriotik tidak sedikitpun menjadi luntur walaupun hanya mendengar siaran melalui radio. Pada keesokan harinya kisah kejayaan Malaysia akan disiarkan dalam akhbar Utusan Melayu bertulisan jawi dan dengan gambar yang kabur.
 
Gambar akan digunting dan disimpan sebaik mungkin. Shaharuddin Abdullah dan Salleh Ibrahim menjaringkan gol ketika Malaysia mengalahkan Amerika Syarikat 3/0 dalam acara bolasepak Sukan Olimpik diulang cetak berbulan-bulan lamanya.
 
Kisah gandingan James Wong dan Hassan Sani yang Berjaya meranapkan impian Korea Selatan untuk beraksi di Sukan Olimpik Moscow, masih terbayang sehingga kini. Gegak gempita di Stadium Merdeka ketika itu. Masih belum lahir ke dunia ketika itu ialah pengulas sukan Zainal Abidin Rawoop.
 
DAP pada ketika itu tidak kuat, suara masih tenggelam timbul, tidak ada isu yang berbangkit. Persatuan Pendidikan Cina juga tidak selantang mana. Semua pemain Malaysia yang mewakili Negara ketika itu Melayu, Cina dan India akan memakai songkok. Segak bergaya, tidak timbulpun isu perkauman dan assimilasi. Jika sekarang pemain Negara berbangsa asing jangan cuba-cuba nak memakai songkok, maka akan riuh rendahlah jadinya dengan isu yang bukan-bukan. Sebab itu Jokiden meluat betul dengan DAP ini.
 
Sejarah silam membuktikan bahawa dalam bidang hoki dan bolasepak, Negara Malaysia adalah antara yang digeruni di rantau ini pada era 70an. Pemain hoki Pakistan dan India akan berhati-hati setiap kali berhadapan dengan pemain Malaysia. Pemain Korea, German, Australia ataupun Argintina tidak perlu disebutlah. Kedudukan mereka ketika itu entah di mana.
 
Pasukan bolasepak Korea Selatan, China, Jepun dan Hong Kong ketika itu menjadi 'ulam' atau pasukan belasahan kepada pasukan Malaysia.
 
Di mana silapnya kini kedudukan Malaysia hanya di tempat ke 165 dunia, sedangkan Korea Selatan, Jepun dan Negara Arab terus maju???. Filipina sekalipun kini tidak lagi gentar apabila berhadapan dengan pasukan Malaysia, sedangkan dulu Malaysia pernah mengalahkan pasukan Filipina sebanyak 11/0.
 
Selepas 55 tahun sukan Malaysia jauh ketinggalan jika hendak dibandingkan dengan jiran serantau. Pengubat luka hanyalah kejayaan Datuk Lee CW dan Datuk Nicol David. Sesekali mungkin kejayaan dalam perlumbaan basikal, terjun papan anjal dan juga bowling.
 
Kebanggaan Malaysia dalam sukan Takraw kini semakin lenyap apabila pasukan seperti Myanmar dan Brunei pun sudah mampu mengalahkan Malaysia. Jika dahulu Thailand amat menggeruni Malaysia dalam sukan Takraw ini, terkini kehadiran Malaysia dianggap biasa sahaja. Sekali lagi, Negara asing terus maju ke hadapan dan Malaysia terus ketinggalan.
 
Hajar Boussaq dari Morocco atau Maghribi, menangis teresak-esak apabila diumumkan sebagai johan Qariah Tilawah Al-Quran kali ke 55 semalam. Jika dulu peserta Negara asing terus terketar-ketar apabila berhadapan dengan nama-nama besar seperti Ismail Hassim dan Faridah Mat Saman, kini keadaan sudah berubah.
 
Jika dahulu peserta dari Maldive dan Bangladesh akan mengundang tawa sebaik sahaja memulakan bacaan, kini air mata boleh meleleh apabila mendengar bacaan peserta lelaki Morocco. Jokiden berpeluang mengikuti bacaan setiap peserta pada Tilawah kali ini dan ternyata persembahan peserta dari Negara luar amat mengujakan.
 
Apakah nasib peserta tilawah Negara akan sama seperti nasib pemain badminton, hoki dan bolasepak selepas 55 tahun, hanya masa yang bakal menentukannya kelak.  
 
 
 
Tahniah Dasrizal Marah.. jangan marah lagi..
 
 
 
PEMBANGKANG KAKI TIPU, DAH KALAH TERIMALAH HAKIKAT YANG RAKYAT TOLAK PAKATAN.
 

3 comments:

  1. Ini semua salah umno n mamak mahathir..dia yg perlingkupkan negara ini..

    ReplyDelete
  2. Kalau sebab Mahathir, mungkin kau (anon 731pm) tak akan jadi begini la...cuba kau senaraikan apa kesalahan beliau...mentang2lah kau minat kat Anuar gay tua tu habis orang yang banyak jasa pun kau dendam tak sudah.

    ReplyDelete
  3. Kawan dan Lawan dalam banyak perkara terpaksa mengakui hakikat bahawa jasa Tun Dr Mahathir terhadap Negara ini adalah terlalu besar dan tidak tepat sekiranya hendak mengatakan dia 'perlingkup' Negara ini.

    ReplyDelete