Monday, February 4, 2013

PAS Meroyan Bila Dikencingkan Nuar...


 

Tengok gambar di atas, rasanya tidak ada seorangpun wakil daripada PAS yang turut serta dalam majlis penyampaian bantuan kepada Hamas ini. Nuar mahu dia seorang sahaja atau PKR sahaja yang mendapat kredit dalam hal ini. Penyampaian sumbangan ini juga dibuat di pejabat PKR.

Sedangkan semua makhluk tahu bahawa sejak dari dalam perut lagi PAS ini memang sudah sebati dengan 'perjuangan' Hamas, Fatah dan Palestine ni. Kenapa PAS tidak dijemput sama. Kenapa PKR mahu membolot semua keuntungan politik dalam isu ini.
 
Kenapa PKR sampai hati kencingkan PAS dalam hal ini?? Atau memang ada wakil PAS yang duduk di belakang-belakang pemimpin PKR itu.. yang kita tidak nampak.
 
Atau PAS memang tidak mahu hadir kerana menganggap perjuangan Hamas, Fatah dan Palestine ini sudah tidak dapat lagi memberikan keuntungan politik kepada mereka. Sebab semua makhluk juga tahu bahawa apa sahaja yang PAS lakukan mestilah ada keuntungan politik, jika tidak jangan harap PAS akan ambil berat.  
 
Nuar ni susah jugak nak memberikan penjelasn kepada negara sekutunya iaitu Israel yang disokongnya "I support all effort to protect the security of the State OF Israel..." Sokong Israel, kenapa pulak bagi bantuan kepada Hamas.  Betul ke nawaitu Nuar ni??

Sumbangan USD700,000.00 kita tidak hairan, ciput je tu. Nuar dan PKR serta DAP memang banyak duit, banyak dana. Tak ada hal lah setakat RM3 atau 4 juta tu. Mereka sengaja je berpura-pura sebagai orang susah, orang miskin, tak ada duit macam BN. Pakai kereta kecik-kecik je, tak macam pemimpin UMNO/BN hidup mewah dengan kereta besar-besar belaka.
 
Mereka parti miskin, mereka tidak merompak harta rakyat, mereka tidak songlap wang rakyat, mereka tidak ada kroni yang ingin membiayai mereka. Apabila rakyat termakan dengan persepsi yang mereka tidak mempunyai wang tersebut, senanglah mereka nak arak kantung, beg plastik lalu kutip sumbangan dari penyokong setiap kali berceramah, kononya untuk menegakkan perjuangan membela nasib rakyat. Jelaslah puak ini memang mengzalimi rakyat.

 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

No comments:

Post a Comment