Thursday, January 3, 2013

Melampau Betul.. Usia 56 Tahun, Setengah Tahun Jadi Ahli Pas..


Che Kasa Awang mungkin bukan adik beradik Hj Hadi Awang walaupun ayah mereka sama. Membaca kisah beliau seperti yang disiarkan oleh Utusan Malaysia membuatkan kita berasa geram, marah dan berasa tidak patut sama sekali.
 
Che Kasa Awang yang berasal daripada Padang Nyiur menyertai Pas pada 2008, keluar semula dari Pas pada 2009, mungkin tak sampai setahun menjadi ahli Pas dan kini menjadi ahli UMNO mulai pada 2011.
 
Kenapa begitu singkat penyertaan dan penglibatan beliau bersama PAS. Apa yang beliau cari dalam politik ini sedangkan usia beliau sudah masuk ke usia pencen iaitu 56 tahun.
 
Kisah Che Kasa Awang ini hanya membuktikan satu perkara iaitu, Amanat Hj Hadi tidak basi. Amanat Hj Hadi bukannya timbul di saat-saat musim PRU sahaja.
 
Dikala kita semua merasakan bahawa Amanat hj Hadi telah lups ditelan zaman, rupanya di pihak Pas ianya sentiasa subur sepanjang masa.
 
Siapa kata ia basi, siapa kata ia tidak relevan dan siapa kata ia hanya timbul waktu2 dekat nak PRU. Che Kasa Awang mengesahkan selepas PRU12 2008, dia menyertai Pas dengan seribu harapan.
 
Beberapa bulan kemudian dia disuruh supaya melaksanakan amanat Hj Hadi di cawangan beliau. Beliau tidak sanggup untuk menjadi penyebab kepada perpecahan masyarakat, maka dia meninggalkan PAS.
 
Selepas ini jika timbul lagi cerita beliau pastilah Hj Hadi akan memperlekehkan beliau seperti mana cikgu Non diperlekehkan sebagai hanya tahu mengajar ABC,
 
Maknanya di sini ahli-ahli Pas masih disarankan agar mematuhi setiap amanat Hj Hadi walaupun fatwa telah dibuat bagi mengharamkan amanat tersebut.Inilah persoalannya sekarang.
 
Setelah lebih 30 tahun ada pencacai pakatan mengatakan bahawa isu ini timbul hanya disebabkan PRU telah hampir. Tidak benar sama sekali kerana sebaik sahaja selesai PRU 2008, amanat ini terus disuburkan.
 
Amanat Hj Hadi ini sebenarnya telah terbatal dengan sendiri disebabkan oleh beberapa perkara. Pertama disebabkan Majlis Fatwa Kebangsaaan mengharamkannya. Kedua sebab Pas akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Ketiga di sebabkan oleh Pas inginkan Negara Berkebajikkan. Keempatnya amanat ini terbatal kerana Pas bersekongkol dengan PKR dan DAP.
 
Hj Hadi tidak perlu berdolak dalik. Tidak perlu nak menegakkan benang basah. Tidak perlu bermain politik. Untuk menyelamatkan akidah pengikut Pas dia hanya perlu mengatakan amanat tersebut sudah tidak relevan dan beliau memohon ampun dan maaf kepada pengikut Pas yang masih hidup. Kepada pengikut Pas yang telah meninggal dunia dengan pegangan tersebut, kita sebenarnya tidak tahu bagaimana hendak mengatasinya.
 
Hj Hadi hanya perlukan 3 minit dan seluruh dunia akan menyaksikan kenyataan beliau kelak. Bukan satu jam, bukan melalui mana-mana saluran media. Cukup sekadar di dalam Mesyuarat JK Pas Pusat atau di depan tangga rumah dia sahaja.
 
Kalau pilihan dia masih ingin mengatakan bahawa amanat tersebut tetap relevan dan dia mempertahankannya, maka penyokong Pas kenalah terima hakikat tersebut.
   

Keluar Pas kerana tidak sanggup pecah belahkan umat Islam

PADANG TERAP 1 Jan. - Seorang bekas pemimpin Pas di peringkat akar umbi bertindak keluar daripada parti itu selepas tidak sanggup lagi memecah belahkan umat Islam di kampungnya dengan menghasut mereka agar mempercayai Amanat Haji Hadi.
 
Che Kasa Awang, 56, berkata, sebagai Timbalan Majlis Ketua Kampung (MKK) Cawangan Padang Nyiur di sini, dia melaksanakan tugas itu atas arahan parti.
 
Namun atas kesedaran diri sendiri, dia mengambil tindakan nekad meninggalkan parti dan jawatan tersebut pada Disember 2011 kerana bimbang akan memesongkan akidahnya dan orang lain.
 
Menurutnya, dia juga terpengaruh dengan perjuangan Pas yang kononnya cuba menegakkan syiar Islam.
 
"Saya masuk Pas selepas Pilihan Raya Umum 2008 kerana pada sangkaan saya inilah parti yang sesuai dengan jiwa, namun harapan itu meleset sama sekali.
 
"Ujian untuk saya semakin menjadi-jadi apabila dilantik sebagai Timbalan MKK beberapa bulan selepas itu dan harus memainkan peranan menyebarkan Amanat Haji Hadi kepada orang kampung," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang Nyiur, di sini hari ini.
 
Dia berkata demikian ketika memberi reaksi terhadap pendedahan bekas penyokong tegar Pas, Zainon Ismail atau lebih dikenali dengan nama C.N. Al-Afghani mengenai beratus ribu penyokong Pas masih berpegang pada amanat itu.
 
Menurut Che Kasa, kesan daripada amanat tersebut antaranya membawa perpecahan kepada seluruh penduduk kampung di kawasan itu.
 
"Oleh kerana tidak tahan lagi apabila terpaksa bersekongkol dengan amanat itu, saya bertindak keluar Pas pada 2009.
 
"Walaupun tidak ada jawatan dalam parti, saya berasa lebih tenang. Tidak guna ada jawatan tetapi tugasnya menghasut orang ke jalan yang tidak baik termasuk mengatakan orang Islam lain sebagai kafir," katanya.
 
Tambahnya yang menyertai UMNO pada 2011, dia tidak kesal meninggalkan jawatan dalam MKK yang dianggapnya sangat berbeza dengan jawatan ketua kampung kerana fungsinya adalah untuk memecah belahkan penduduk setempat.
 
"Arwah bapa saya juga pernah memegang jawatan ketua kampung dan tugasnya adalah memastikan penduduk kampung bersatu tetapi MKK berbeza pula.
 
"Saya berharap walaupun Presiden Pas tidak berniat untuk menarik amanat yang dikeluarkannya pada 1981, orang ramai boleh berfikir dengan waras dan memilih perkara yang betul dengan menolak amanat itu," katanya.


1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

No comments:

Post a Comment