Thursday, January 31, 2013

Lakukan Sesuatu Yang Pelik, Anda Akan Disanjung..


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Setelah gambar ini keluar, penyokong tegar PAS akan kekal bersama PAS, Orang UMNO bertambah meluat, sementara orang atas pagar cabut meninggalkan PAS.
 

Di dalam PAS anda boleh berperangai pelik, melakukan sesuatu yang pelik, mengeluarkan kenyataan bodoh piang, dungu dan pelik, anda masih selamat dan kekal menjadi ahli PAS.
 
Anda boleh berguling-guling atas jalan raya menghalang lalu lintas macam orang kena sawan atau macam orang mabuk, anda masih kekal sebagai ahli PAS.
 
Pemimpin PAS yang disifatkan oleh Menteri Besar Perak yang mempunyai perangai pelik masih dibiarkan dan dikekalkan sebagai ahli PAS.
 
Memegang lilin dalam satu upacara kematian dilakukan oleh pemimpin PAS, ok, tidak menjadi kesalahan. Dia kekal.
 
Pemimpin PAS yang bersetuju Kalimah Allah dikongsi dengan penganut agama lain tidak diambil tindakan malah disokong pula. Kegilaan pemimpin PAS dalam setiap ceramah memaki hamun pemimpin kerajaan, para mufti dan pemimpin UMNO dibiarkan tanpa sebarang tindakan.
 
Taburlah fitnah selagi mampu, anda akan tetap selamat dan kekal menjadi ahli PAS. Berperangai buruk seolah-olah telah menjadi pra syarat untuk menjadi pemimpin PAS.
 
Mereka yang baru menyertai PAS, yang terpengaruh kononnya parti tersebut memperjuangkan Islam tidak kira dari golongan mana akan kekal popular selagi mereka mampu mengamalkan perangai hodoh, pelik, piang dan dungu.
 
Pesara kerajaan, golongan artis, ustaz-ustaz mee segera, para pelajar, peguam, pensyarah malah sesiapa sahaja jika masuk PAS tetapi tidak berperangai pelik, maka tidak ada sesiapa yang memperdulikannya. Sendiri mahu ingatlah.
 
Tokoh-tokoh yang sedia ada dalam PAS namun tidak berperangai pelik, mereka juga akhirnya akan terpinggir. Budaya ini sudah sebati dengan PAS dan mereka tidak mampu menafikannya.
 
Di dalam PAS tidak kira ahli ataupun pemimpin, sesiapa sahaja jika cuba hendak bercakap sesuatu yang betul dan benar, nasib kalian adalah ibarat telur dihujung tanduk dan menunggu masa untuk dinyahkan.
 
Di dalam PAS jika anda gagal menggunakan Islam untuk kepentingan politik sempit PAS, masa depan anda akan mendung. Di dalam PAS anda jangan sesekali cuba memperjuangkan Islam sebenar. Jika itu yang anda lakukan maka anda akan dianggap tidak selari dan tidak secucuk dengan aliran pemikiran atau agenda PAS. Anda akan menerima nasib malang.
 
Kesimpulannya, di dalam PAS anda jangan mempertahankan dan mendaulatkan Islam. Anda hanya dibenarkan mempergunakan Islam. 
 
Datuk Dr Hassan Ali telah bercakap sesuatu yang benar tentang Islam. Dia cuba sedaya upaya mendaulatkan Islam. Dia cuba melindungi Islam agar tidak diperkotak-katikan oleh rakan sekongkolan PAS. Dia cuba melakukan sesuatu yang betul, lalu dia dianggap tidak sealiran dengan agenda perjuangan PAS. Dia segera dipecat dengan cara yang paling tidak demokratik dalam dunia ini.
 
Bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Md Isa telah melakukan sesuatu yang betul demi Islam. Dia juga dianggap tidak sealiran dengan pemikiran pemimpin PAS. Dia juga dipecat dengan cara kuku besi yang tidak Islamik.
 
Bakal menunggu nasib yang sama mungkin ialah Dr Haroun Din dan Harun Taib. Jika mereka berterusan membela Islam dan berani pula menyuarakannya di khalayak umum, tunggulah nasib malang akan menimpa mereka. Namun jika mereka berdiam diri dan akur sahaja, nasib mereka pastinya tidak seburuk nasib Hassan Ali, Nasharuddin Md Isa dan Nakhaie Ahmad.
 
Kritik je PAS kena pecat. Buka je mulut jika tak mencaci dan maki hamun, siap kamu. Bagi je pendapat yang betul kena pecat. Namun jika berperangai buruk dan pelik akan terus selamat dan silap hari bulan menerima pula pembelaan daripada Nik Aziz.
 
Banyak kes maki hamun, caci mencaci pemimpin UMNO yang Nik Aziz bela. Banyak kes-kes moral yang Nik Aziz bela. Banyak kes-kes yang mungkar yang dia bela atau sokong. Terlanjangpun jika dalam rumah sendiri boleh blako..
 
Jangan sekali-kali cuba untuk mengwujudkan perpaduan sesama Islam, PAS akan tentang. Tetapi jika hendak berpadu dengan kafir untuk meruntuhkan Islam PAS akan benarkan dan sokong. Sebab itulah PAS terus-terusan ditimpa musibah.
 
Jadi kita sudah faham bagaimana caranya jika ingin kekal lama sebagai pemimpin PAS. Lakukan sesuatu yang mungkar, berperangai pelik dan hindarkan daripada bercakap atau melakukan sesuatu yang benar atau baik.
   
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

3 comments:

  1. Agak agak gambar apa dibelakang Pok nik tu yang Kapal Singh tutup.............

    ReplyDelete
  2. Gambar dewa org hindu.. UMNO berkawan dengan bukan Islam kafir.. masuk neraka. PAS berkawan dengan orang bukan Islam, tetap islam dan dijamin masuk syurga..

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya dalam DAP pun sama, pemimpin mereka tidak boleh di kritik. Sebab itu Kit Siang kekal sehingga ke hari ini. Berpuluh-puluh pemimpin DAP yang kena pecat atau dipaksa secara halus meninggalkan parti.

    Dalam PKR tak yah cakaplah.. PKR lebih teruk dari dua rakan kongsinya.

    ReplyDelete