Wednesday, November 7, 2012

Mitt Romney Kalah......Ini Memberi Petunjuk Bahawa..

 
Kemenangan Barack Obama sebagai Presiden Amerika untuk penggal kedua mungkin merupakan petanda bahawa BN juga akan menang besar dalam PRU13 kelak. Apa yang tidak disebut dan dituduh oleh Mitt Romney terhadap Obama dalam kempennya, namun rakyat Amerika tetap memilih Obama untuk mengetuai mereka.
 
Yang mengkagumkan rakyat Amerika keluar mengundi dengan penuh semangat dan sanggup berbaris panjang dan sehingga 4 ke 5 jam. Bukan tidak ada masalah, pelbagai kerumitan timbul, namun mereka masih teruja untuk keluar mengundi.
 
Taufan Sandy tidak langsung dijadikan alasan untuk tidak keluar membuang undi. Mesin-mesin yang rosak juga diterima seadanya dan rakyat Amerika tetap menjalankan tanggung-jawab sebagai pemilih setelah berlaku kempen yang paling sengit yang melibatkan perbelanjaan paling besar dalam sejarah iaitu RM6 billion untuk kedua-dua calun.


 

Mampukah Nuar Brahim selepas kalah dalam PRU13 kelak mengeluarkan kata-kata seperti yang dikeluarkan oleh Romney di bawah:
 
.Romney conceded in Boston in an earlier speech around 1 AM ET. "Like so many of you, Paul [Ryan] and I have left everything on the field. We have given our all to this campaign," Romney said. "I so wish that I had been able to fulfill your hopes to lead your country in another direction. But the nation chose another leader." Romney congratulated the president and his campaign on their victory.
 
Atau Nuar Brahim akan memilih untuk meroyan seperti yang dilakukan oleh Donald Trump seperti di bawah:
 

Ini kata-kata PM:

“I extend my congratulations to President Obama on his re-election to office. In winning this historic election, the President has a unique opportunity to realise his vision for the United States.

“I had the honour of meeting the President during his first term and we vowed to develop the growing partnership between our nations. This relationship has strengthened and I hope that it will continue to do so in future years so that we can maintain regional peace, stability and prosperity for our people.

“It is my hope that President Obama will continue in his efforts to foster understanding and respect between the United States and Muslims around the world. Many Malaysians enthusiastically followed the presidential election campaign – and as a moderate Muslim nation, Malaysia stands ready to help the United States as it seeks to better engage with those of Islamic faith.”

 

3 comments:

  1. Obama menang atas tiket FORWARD...sama macam Najib mahukan TRANSFORMASI!! Romney kalah kerana mahukan CHANGE!! Anwar akan juga kalah teruk kerana mahukan UBAH!!!

    ReplyDelete
  2. Iyolah, CHANGE tu Obama punya dulu, tetiba Romney nak ciplak, diketawakan oleh Obama dan dia tanya Romney ni faham ko tidak makno 'CHANGE' Sama ngan Nuar ni dia faham ke tidak apa maksud 'ubah', 'tukar' atau 'selamatkan rakyat ni' Kalau ubah dia nak jadi PM tak yahlah.. Malaysia dah lama berubah, UMNO mmglah baru berubah. 'Selamatkan rakyat' rakyat Malaysia sejak dulu, kini dan selamanya selamat.. Hahaha.. Nuar akan kalahhhhhhhhh!!!!

    ReplyDelete
  3. Sobona eh.., siapa saja yang menang dalam pemilihan, dasar luar AS tetap sama iaitu akan mempertahankan Yahudi Zionis apa cara sekali pun. Ini kerana tanpa bantuan Yahudi Zionis yang menguasi ekonomi AS, calon tidak akan menang. Itulah akibatnya jika telah terhutang budi tergadai negeri!!. Sama-samalah kita fikirkan. Kedua-dua calon (Mitt & Obama) telah memberikan komitmen kepada pihak Israel akan sokongan AS tetap jitu. Mitt kurang bernasib baik kerana dia gagal mendapat sokongan dari pengundi berkulit hitam, pendatang Hispanic dan golongan muda dan golongan yang baru pertama kali mengundi. Golongan ini telah menyokong Obama.

    Pelajaran ini harus diambil oleh BN sekiranya mahu mendapat majoriti melebihi 2/3. Target group BN mestilah golongan muda dan golongan yang buat pertama kali mengundi. Jentera BN mesti bekerja keras untuk meraih sokongan mereka. Selain dari maklumat melalui media cyber pendekatan secara ikhlas (in person) perlu kepada golongan ini. Setelah usaha ini dibuat berserahlah dan bertawakkal kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Merancang.

    Apa yang pasti masyarakat AS kini berpecah dua akibat dari pemilihan ini. Undi popular untuk Obama hanyalah 50% manakala Mitt Romney mendapat 48%. Diberitakan penulis skrip Mitt Romney tidak menyediakan 'concession speech' kerana terlalu yakin akan menang he..he... Setelah lebih satu jam baru dia membuat ucapan tahniah kepada Obama dan mengaku kekalahannya. Soheh.., paneh miang buntut si penulis tu.

    ReplyDelete