Sunday, July 1, 2012

Tanda-tanda Perang Antara Pakatan Sudah Bermula..

 "80 kerusi yo.. tambah ompek boleh (14)..takkan tak bulih?"


"Ekau sokong yo..eden nak 80 kerusi kali ni.." "No hal..you amik kerusi PKR, bukan kerusi DAP.."

PAS hari ini sudah mula test market. Presidennya telah membuat kenyataan bahawa PAS akan bertanding di 80 kerusi Parlimen. Maknanya baki 140 kerusi lagi akan dikongsi oleh PKR, DAP dan juga mungkin parti Yong Teck Lee di Sabah. Nuar bersetuju ke? LKS, LGE dan Karpal Sinki setuju ke? Jika Nik Aziz sudah tentu dia akan jawab "Itu dia punya pasallah.." Hj Hadi berani ke kata begitu sekiranya Karpal membuka mulut.

Karpal mungkin tidak kisah sangat kerana 80 kerusi tersebut sudah tentu kawasan majoriti pengundi Melayu. Yang mungkin tersentak ialah PKR. Nuar bercadang nak menambah kerusi dengan mengurangkan kerusi PAS dan kerusi DAP tetiba Hj Hadi meminta pula penambahan kerusi dari 66 kepada 80. 

Jika PAS mengambil kerusi yang ditandingi oleh PKR dulu maka PKR dengan sendirinya akan 'kehilangan' 14 kerusi, Makin tipis peluang PKR. Setuju ke Nuar dengan permintaan PAS ini.

Dalam PRU12, PAS mendapat pertambahan undi daripada kaum Melayu yang marah dengan UMNO sebab itu mereka menang 23 kerusi. Pengundi India yang marah kepada MIC dan PPP juga memberikan undi kepada calon PAS.

Kali ini undi Orang Melayu, undi anggota Perkhidmatan Awam dan undi Orang India akan kembali kepada BN. PAS akan kehilangan banyak kerusi semula dan kedudukan mereka walaupun bertanding di 80 kerusi Parlimen akan menjadi lebih lemah dan suara PAS akan tenggelam.

Dalam PRU12 pengundi yang tidak mempunyai pilihan terpaksa memberikan undi kepada calon-calon PKR. Kali ini sebahagian besar akan berpindah semula kepada BN terutamanya golongan yang di atas pagar, pengundi kaum India dan pengundi Melayu yang beralih angin sekejap.

PKR juga akan kehilangan banyak kerusi nanti, sebab itu mereka siang-siang lagi telah menyediakan alasan yang paling mantap sekiranya kalah kelak iaitu "BN menipu, SPR membantu.."

Pengundi Cina sebahagian kecil pasti kembali kepada BN dan calon-calon MCA, Gerakan, PPP dan SUPP pasti menambah kerusi kepada BN.

Pengundi Melayu yang tidak mengundi calon-calon dari MCA, Gerakan, PPP dan MIC dalam PRU12 pasti kembali menyokong BN setelah melihat transformasi yang dilakukan oleh PM DSN. Kawasan-kawasan seperti Seremban, Taiping, Teluk Kemang, Kuantan, Bukit Mertajam, Kulim, Bandar Tun Razak dan Sg Siput akan kembali kepada BN.   

Kawasan bandar yang majoriti pengundinya kaum Cina, DAP akan terus menguasainya dengan sedikit kejutan di mana calon-calon MCA kembali menang.

Insyaallah PAS akan lumpuh kerana terlampau menggunakan agama untuk kepentingan duniawi. PKR akan berkubur dengan segala macam masalah yang memualkan rakyat, yang memualkan negara Timur Tengah dan yang memualkan negara Barat. DAP akan terus dominan dalam pakatan haram.

Dalam usaha untuk menyelesaikan kemelut pembahagian kerusi nanti Nuar akan berjanji lain depan DAP dan dia akan bercakap dalam nada lain kepada PAS. Nuar akan menjual kedua-dua puak tersebut. Bila PAS dan DAP rasa tertipu, maka kedua-duanya akan memberontak. DAP terus bersendirian dan berusaha untuk menambahkan kerusi di PP.  

Lalu cita-cita untuk ke Putra Jaya tetap masuk angin keluar asap dan JAUH PANGGANG DARI API.

Hadi: PAS Tanding 80 Kerusi.

MARANG 1 Julai - Pas berhasrat menjadi tulang belakang kepada pemerintahan negara jika pakatan pembangkang menguasai kerajaan Pusat dalam pilihan raya umum akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, jumlah kerusi yang akan ditandingi parti tersebut mungkin meningkat sehingga 80 berbanding 66 kerusi dalam pilihan raya umum lalu.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada ceramah perdana sempena Himpunan Hijau Pas ke Putrajaya Ganti UMNO Peringkat Negeri Terengganu di Padang Mengkuang, Bukit Payung di sini malam tadi.

Pada pilihan raya umum ke-12, Pas bertanding di 66 kerusi Parlimen dan menang 23 daripadanya, lebih kecil berbanding DAP dan PKR masing-masing bertanding di 47 dan 97 kerusi di mana DAP menang di 28 kawasan dan PKR pula 31 kerusi. - UTUSAN

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Mahpooozzz Bean.

No comments:

Post a Comment