Sunday, June 24, 2012

Aireen Dengan Misha Ni Ada Kena Mengena Ke..?


“Saya bukan boneka"


RAUT wajahnya tenang walaupun diasak dengan pelbagai soalan yang adakalanya agak panas. Namun beliau jelas bersedia menjawab pelbagai soalan sekali gus membuktikan kebolehan dan kemampuan dirinya.
Bagi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Eksekutif AirAsia yang baru bagi operasi di Malaysia, Aireen Omar, beliau terharu dengan pelantikan yang baginya agak mengejutkan.

Kepada wartawan Mingguan Malaysia HAFIZAHRIL HAMID, SARAH NADLIN ROHIM dan jurugambar Djohan Shahrin, Aireen menjelaskan beliau rasa dihargai kerana ahli lembaga pengarah memberikan kepercayaan kepadanya untuk menerajui syarikat yang membuat keuntungan besar dan mempunyai jenama yang dikenali di seluruh dunia.

Pada masa sama, beliau menyedari tanggung jawabnya bukanlah mudah kerana perlu mengambil tahu 5,000 kakitangan dan perlu memahami semua aspek perniagaan selain meneroka bidang-bidang baru.

Aireen yang tampil anggun pada usia mencecah 40-an, turut menolak andaian yang beliau akan menjadi boneka kepada Tan Sri Tony Fernandes dan berazam melakukan yang terbaik bagi membuktikan keupayaannya. Seterusnya Baca Di Sini  24 Jun 2012


 

Boss and me.. 




Pertanyaan, Aireen Omar  dengan Misha Omar ni adik beradik ke? Iras ada hahaha..



"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

No comments:

Post a Comment