Friday, April 13, 2012

DAP MULA MENUNJUKAN BELANG SEBENAR MEREKA...PAS TERUS SOKONG

Akhbar Melayu: Amaran Guan Eng rasis

KUALA LUMPUR 12 April - Amaran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kepada 84 buah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di negeri itu supaya berhenti melanggan akhbar arus perdana berbahasa Melayu merupakan satu perbuatan rasis yang menghalang perpaduan rakyat.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, amaran tersebut akan membawa kesan buruk kepada rakyat keseluruhan terutamanya dari segi perkauman dan cintai bahasa kebangsaan.

"Bagi saya, amaran ini merupakan bentuk rasis dan hasutan secara halus bagi membenci bahasa Melayu, sedangkan ia adalah bahasa kebangsaan negara.

"Tidak sepatutnya Guan Eng berbuat sedemikian yang hanya akan membentuk generasi muda di SJKC membenci bahasa Melayu dan secara tidak langsung kepada orang Melayu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jokiden:

Ini yang dipelajari oleh LGE daripada sifu kiasu beliau iaitu LKY. Sebab itu asalkan ada je masalah dia akan terbang ke Singapura, tel Singapura, rujuk Singapura.

Tekanan kepada apa sahaja yang bernama Melayu mestilah dibuat secara halus dan tersembunyi. Selepas ini jika mereka masih berjaya mengekalkan kuasa mereka di PP, akan lebih banyak lagi kuasa digunakan untuk menekan orang Melayu sehingga membuatkan penduduk kaum Melayu rasa tersisih, terpinggir dan akhirnya melarikan diri dari Pulau tersebut. Rela dalam paksa.

Jika kelemahan orang melayu ialah soal duit, maka segala baki tanah orang Melayu yang ada di Pulau tersebut akan dibeli dengan harga yang mahal yang orang Melayu tidak mampu menolaknya. Pembelian tanah tersebut atas nama dan alasan pembangunan, namun agenda yang tersembunyi ialah untuk menyingkirkan orang melayu supaya kehilangan tanah dan seterusnya berpindah. Lagi rela dalam paksa.

Kita akan saksikan nanti, akan lebih banyak lagi tindakan-tindakan kerajaan DAP yang pastinya mengguris hati nurani orang Melayu, namun apa yang orang Melayu boleh buat kerana kuasa sudah tidak ada di tangan orang Melayu.

Sekarangpun baru mereka dapat sedikit kuasa, mereka telah mula menunjukan belang. malangnya atas nama demokrasi terdapat orang Melayu yang menyokong tindakan DAP tersebut terutamanya dari sekutu mereka PAS dan PKR.

Kelantangan mereka mempertahankan kerajaan DAP walaupun secara halusnya menekan orang Melayu menyebabkan DAP berasa selesa dan selamat dalam mengatur langkah seterunya.

Pengkhianat sebenar kepada pupusnya kuasa Melayu ialah PAS dan PKR, namun penyokong tegar mereka terus memuji bahawa DAP adalak baik, DAP wangi, DAP tidak rasis, DAP membela warga emas dan warga tua, bla..bla..bla..

Pada peringkat awal LGE sanggup menghadiri majlis Mauludirrasul, semata-mata kononnya hendak mengambil hati orang Melayu. Namun jauh di sudut hatinya mungkin berkata "pergi mampuslah dengan semua Mamak dan Melayu ini.."

Jika ada yang terlupa di Singapura semua bahan bacaan yang dianggap berkualiti seperti Majalah Dewan Bahasa, Dewan Sastera dan Dewan Masyarakat telah begitu lama diharamkan oleh kerajaan LKY. Kini tindakan permulaan oleh LGE telah mula menanamkan dikalangan orang Cina supaya jangan membaca Utusan Malaysia. Pasti ada tindakan lain yang menyusul nanti.

Pada hal suatu waktu dulu untuk lulus Bahasa Malaysia dengan cemerlang dalam SRP, SPM dan STPM, Utusan Malaysia merupakan naskah wajib sebagai rujukan bagi anak-anak Cina mendapatkan bahan pembelajaran. 

Sekarang siapa peduli lagi samada Bahasa Malaysia kredit ataupun tidak. Siapa boleh berbahasa Mandrin pula diberikan keutamaan dalam meraih peluang pekerjaan.

Apabila ada orang mengatakan gerakan halus bagsa kafir harbi ini untuk melenyapkan pengaruh dan institusi Melayu, maka akan ada pencacai dari PKR dan PAS yang sanggup bertegang leher sampai ke pagi mempertahankan kaum kiasu ini. Sebaliknya semua permasalahan akan ditujukan kepada UMNO/BN. 

Mereka akan berkata, berfikiran terbukalah, sudah merdeka 54 tahun lah, sudah majulah, jangan jumudlah, jangan kunolah dan pelbagai lagi saranan mereka demi untuk membela kaum kiasu ini. Beribu kali diingatkan bahawa di bumi bertuah ini jika Melayu hilang kuasa, merintih seribu tahun lagi belum tentu akan mengembalikan kuasa Melayu.

Hilang kuasa, lihatlah nanti Melayu dihina didepan mata, Melayu diperlekeh, raja dipersenda, agama Islam dipinggirkan, Bahasa Malaysia tinggal di muzium sahaja dan banyak lagi kepedihan yang terpaksa ditanggung oleh umat Melayu Islam selepas itu nanti.

Tulisan ini bukan menghasut, tetapi realitinya yang akan berlaku dalam sesebuah negara demokrasi berpaliamen. Dasar dibuat oleh Parliamen dan jika suara majoriti milik mereka, maka mereka boleh berbuat apa sahaja atas nama demokrasi.

Rakyat Fiji telah begitu lama merintih di perintah oleh kaum minoriti atas nama demokrasi. Berdasarkan jumlah kerusi Parliamen di negara ini dan berdasarkan jumlah pengundi di satu-satu kawasan pilihanraya, tidak mustahil Malaysia juga boleh menjadi Fiji. Namun siapa peduli tentang itu semua, siapa peduli tentang agama Islam, tentang raja, tentang kuasa dan tentang Bahasa Malaysia, tentang azan, tentang bacaan Al-Quran, tentang bacaan doa dalam mana-mana majlis.

Yang PAS dan PKR pentingkan ialah kuasa untuk ke Putrajaya. Amat menjijikan apabila PAS sanggup bersekongkol dengan DAP dan pelbagai alasan dicipta untuk menghalalkan perhubungan mereka. UMNO/BN Busuk, DAP/PKR wangi.    

No comments:

Post a Comment