Saturday, January 19, 2013

Selepas Assmin, OKU Pulak Meroyan..


 

Nampaknya PAS khususnya Hj Hadi terus tertekan dan nampaknya isu Kalimah Allah yang telah dianggap selesai, rupanya semakin meruap-ruap pula.
 
Jangan tuduh UMNO/BN yang memanjangkan isu ini. Ianya diperpanjangkan oleh pakatan sendiri. Selepas Timbalan Presiden PKR Assmin Ali mempertikaikan keputusan Majlis Syura tentang penggunaan Kalimah Allah, kini muncul pula Karpal Singki OKU untuk turut menekan PAS khususnya Hj Hadi. Beliau siap mendesak Hj Hadi supaya membatalkan keputusan Majlis Syura tersebut.
 
Eh wah, cantik muka nampak... Dalam bab-bab agama Islam ini nampaknya Karpal Singki ini masih tegar seperti dulu. Masih baiadap seperti dulu. Dalam menunjukkan kebiadapan dia itu, dia tidak pernah rasa bersalah dan dia tidak pernah merasa gentar dengan pemimpin PAS. Dia tidak pedulipun dengan sensitiviti umat Islam Khasnya dan Orang Melayu amnya.
 
Masih angkuh dia seperti dulu. Betapa dia membenci Islam, jelas terbukti apabila mengatakan PAS kena langkah mayat dia dulu sebelum boleh berangan-angan untuk melaksanakan hukum Islam di negara ini. Puaslah PAS nak menyejukkan dan menyabarkan ahli-ahlinya dengan mengatakan
 
Segala-galanya tentang Islam Karpal Singki akan tentang. Dia juga turut menempelak kerajaan PAS Kedah yang ingin memperkenalkan etika berpakaian kepada sesiapa artis yang ingin membuat persembahan pada perayaan tahun baru Cina kelak. Baginya peraturan berpakaian itu bertentangan dengan hak asasi individu.
 
Ini semua salah dan silap PAS dan PKR, Nik Aziz, Hj Hadi dan Nuar Brahim kerana memberi muka sangat dengan puak-puak rasis ini.Jika Pas berhenti daripada menggunkan agama untuk kepentingan politik mereka, perkara seperti ini tidak akan berlaku.
 
PAS dan PKR memberi muka kepada rakan sekongkolan mereka dalam banyak perkara. Bila saja UMNO menunjukkan tentangan dan reaksi dalam isu-isu tertentu, maka PAS dengan segera mempertahankan geng dia dengan pelbagai alasan.
 
Dulu mana berani Kafir Harbi ni nak menghina Raja, menghina Islam dan menghina Orang Melayu. Sekarang ini apa yang tidak mereka lakukan???? Mereka berani kerana mereka tahu akan ada orang Melayu dan pemimpin Melayu yang akan membela mereka bila disergah oleh UMNO.
 
Siang malam PAS dan PKR mengatakan negara ini rosak binasa dan rakyat porak peranda akibat daripada dasar-dasar UMNO. Realitinya ialah semuanya menjadi tidak tentu arah disebabkan oleh PKR dan PAS.
 
Pasca PRU12, yang menyaksikan UMNO/BN kehilangan majoriti dua pertiga membuatkan suasana politik tanah air tidak tentu arah. Semua pihak ingin mengambil kesempatan di atas 'kelemahan' UMNO/BN. Biasalah tu, bila pokok pisang condong atau rebah, kura-kurapun ingin mencuba memanjatnya.
 
Akibat terlalu memberi muka kepada geng ini akhirnya menyusahkan PKR dan PAS sendiri. Mereka menjadi serba salah. Hendak ditelan mati bapa, hendak diluah mati emak. Mereka terpaksa akur dan tunduk kepada desakan DAP yang mereka harapkan akan memberi sedikit undi kepada mereka kelak.   
 
Sekali fikir kesian juga kita melihat dan menengok PAS yang terus diperkotak katikan oleh DAP. Walaupun mereka cuba berselindung, cuba menafikan dan cuba menyakinkan penyokong tegar mereka bahawa DAP dan PKR lebih baik daripada UMNO, namun rakyat sebenarnya tahu bahawa UMNO tetap lebih baik. Semakin tak kobahlah nampaknya domam Presiden PAS..
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

Assmin Dah Bersuara, Siapa Pulak Yang Kena Pecat Selepas Ini..


Wah kagum jugak Nuar Brahim dengan Assmin ni..
   
 
Lama jugak dah Timbalan Presiden PKR ini menyepikan diri. Kini dia muncul semula dengan beraninya semata-mata nak membantah keputusan Majlis Syura Pas. Marah betul dia kerana PAS ini boleh berubah-ubah pendirian. Dalam seminggu pemimpin PAS boleh bertukar fikiran berpuluh kali. Ada kita hairan?? 
 
Masihkah kita ingat kisah pemecatan Dr Hassan Ali secara trajis oleh Hj Hadi pada tahun lepas??. Cara Hassan Ali dipecat amatlah menyedihkan tanpa sebarang peluang membela diri. Contoh diktator tersohor dalam dunia ini ada dalam kepimpinan PAS.
 
Ahli tidak boleh membuka mulut. Buka je kena pecat. Kritik je kena pecat. Apa kesalahan Hassan Ali?? Dia masuk UMNO kah, dia menyokong UMNO kah? dia berkhalwat dengan isteri orang kah?? Dia menderhaka kepada Sultan Selangor kah?? Rasanya tidak.
 
Dr Hassan Ali dipecat sehingga dia menubuhkan Tiga Jalur JATI, sebab semata-mata kerana melarang penyokong PAS atau rakyat pergi berhimpun ke Mahkamah Jalan Duta untuk merusuh sekiranya keputusan tidak memihak kepada Nuar.
 
Tindakan Hassan Ali adalah betul. Pendiriannya jelas. Isu PERIBADI jangan libatkan rakyat. Sendiri buat sendiri tanggung. Berani buat berani tanggung. Banyak perkara lain dalam dunia ini yang rakyat harus memberikan perhatian dan bukannya isu masalah peribadi Nuar. Tidak ada kena mengena dengan kebajikan rakyat.
 
Itu yang Hassan Ali tentang dan itu yang dia suarakan. Assmin Ali tidak suka. Dia tidak setuju dan dia marah sangat dengan ketegasan Hassan Ali ini.
 
Maka dengan pengaruh yang dia ada, maka didesaklah supaya Hassan Ali dipecat. Pecat boleh, bukanlah tak boleh, namun ikut prosidurela, ikut peraturanlah. Janganlah terus keluarkan kenyatann "you are fired" malulah, awak tu ulamak, awak tu pemimpin Islam, awak tu warak, awak tu pemimpin sebuah parti yang maksum, sebuah parti yang memperjuangkan Islam.
 
Islam mementingkan keadilan. Menjatuhkan hukum mestilah berdasarkan keadiilan. Ini tidak terus sahaja pecat. Lepas tu takut pulak nak pecat Nasharuddin Md Isa. Issh..ish.. doubble standard betullah Pas ni. 
 
Sidang media @[139656542845836:274:Persatuan Mukabuku Pulau Pinang] tentang isu bible yang di edarkan di hadapan sekolah.l 
Apa komen Assmin ??? Inikah yang dia mahukan??
 
Sekarang ni Assmin bersuara lagi. Dia mempertahankan keputusan bersama yang dibuat pada 8 Januari. Juga keputusan yang dibuat pada tahun 2010 dimana Pas membenarkan penganut agama lain menggunakan  Kalimah Allah.

Majlis Syura merupakan badan tertinggi PAS, apabila badan membuat keputusan anggota parti mesti akur. Presiden ke, Mursyidul ke atau sesiapa sahaja sepatutnya akur. Rakan sekongkolan juga sepatutnya mesti akur dan tidak membantah. Jangan gunakan istilah bersetuju untuk tidak bersetuju. Berpakat untuk tidak sepakat.

Siapa pula kini yang mendesak Assmin supaya membuat kenyataan bantah terhadap keputusan Majlis Syura Pas tersebut. Apa perlunya membantah perkara yang betul.? Kenapa hendak menegakkan benang yang basah?.


  PENGKHIANAT BANGSA ...
 
 

Siapa pula yang bakal didesak oleh PKR dan DAP supaya dipecat selepas ini. Hj Hadi, Mat Sapu dan Nik Aziz atau Tuan Man, Haruon Din dan Harun Taib?

Desaklah kalau berani. Pecatlah tiga orang jika berani, siap mereka akan bawa tiga perempat ahli parti dan penyokong tegar menyeberangi jambatan UMNO/BN kelak. Ada Berani???

Selamat Pengantin Baru Kepada Ummi Hafilda, muga kekal bahagia.
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

Lagi Satu Yang Pencacai Pakatan Mesti Baca..


Jangan asyik nak menjaga dan bersalam dengan Elly Wong yo.. Ambil berat sikit tentang masalah rakyat, sok kok kalah dalam PRU13.
 

Apa hal dengan si Khalid ni?? PRU13 sudah semakin dekat, namun berpuluh janji PRU12 masih belum dilaksanakan. Bega sangat atau doge dalam loghat NS.
 
Kenapa beria-ia sangat kerajaan Khalid ni nak mengambil alih sepenuhnya Syarikat Air Selangor?? Nak diagihkan kepada kroni ke??
 
Isu sampah dan jalan tak juga selesai. Kontrak sampah yang dulu sudah ditamatkan, lantik yang baru yang kononnya lebih baik, namun sampah di Selangor sama seperti sampah di Kedah. Takkanlah semua kerajaan puak pakatan ini hendak berbangga dan popular dengan isu sampah, isu balak, isu air, isu pasir, isu rumah urut, isu gereja, isu arak, isu kenaikan yuran di Unisel dan KUIN dan isu pemilihan dalam parti semata-mata tanpa memperdulikan isu kebajikan rakyat yang lebih penting. 
 
Mari baca artikel di bawah ini yang disiarkan dalam Utusan Malaysia. Ramai penyokong tegar pembangkang mengikut arahan pemimpin secara membuta tuli dan seterusnya memboikot TV3 dan Utusan Malaysia.
 
Mereka mungkin ketinggalan membaca artikel terbaik ini, maka Jokiden postkan di sini supaya dapat dihayati.



Dasar pakatan 'politik diutamakan rakyat dipinggirkan'

 
SYABAS diucapkan kepada kerajaan negeri Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mempunyai penasihat ekonomi, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga ketua pembangkang.
 
Dalam rakyat Selangor kalut mengangkat air dengan baldi hingga ke tingkat lapan pihak pembangkang masih dengan agenda politik yang tidak sudah-sudah seolah-olah kuasa politik lebih penting daripada membantu rakyat Selangor yang terputus bekalan air.
 
Di Stadium Merdeka penyokong pembangkang berpuluh-puluh ribu berkumpul untuk mendengar kerajaan Barisan Nasional (BN) dan pemimpinnya 'dibelasah' hingga lembik dengan ucapan berapi-api, namun bak kata orang anjing menyalak bukit tak ada maknanya jika hati rakyat semakin sangsi dengan perjuangan pembangkang yang tidak berpijak di bumi yang nyata.
 
Kemelut antara kerajaan negeri dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang mana mereka mempunyai saham di dalamnya menjelaskan satu perkara kepada rakyat. Jika Syabas bermasalah ini bermakna kerajaan negeri turut mempunyai saham ada masalah yang sama. Sepatutnya kerajaan negeri Selangor berterima kasih kepada Syabas kerana membenarkan mereka berhutang duit subsidi air (jika masih ada yang tertunggak) yang diberikan 20 meter padu kepada setiap rumah yang ada meter individu.
 

Inilah Sebabnya Nuar Tidak Mahu Bersumpah..

 
 
 
 
 
 

Setelah semua punca gagal untuk membersihkan nama baik kita maka Islam memberi jalan keluar iaitu dengan cara melakukan sumpah lahanat. Bersumpah kena 4 kali.
 
Suatu ketika Nuar Brahim beria-ia sangat mahukan kesnya meliwat Saiful dibicarakan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. dia mungkin lupa bahawa jika Saiful bersumpah di sana, maka sumpah tersebut adalah valid dan mesti diterima pakai oleh mahkamah.
 
Mengikut cerdik pandai agama, seseorang yang melakukan sumpah, jika sumpah dia tidak benar maka dalam tempoh tertentu, umpamanya dalam tempoh setahun dia akan 'dimakan' sumpah.
 
Jokiden pernah mencabar seorang teman supaya berani bersumpah dan Jokiden akan bayar dia RM2 juta. Walaupun nampak hebat, berani dan angkuh, akhirnya dia tidak berani bersumpah. Isunya timbul kerana dia mengatakan bahawa Saiful Bukhari dibayar berjuta-juta supaya melakukan sumpah.
 
Di dalam media sosial sekarang ini sedang sibuk membicarakan tentang sumpah DS Rosmah Mansor beberapa hari yang lalu. Beliau bersumpah mengatakan yang beliau tidak memiliki cincin berharga RM24 juta yang sering dihebohkan dalam ceramah pembangkang dan menjadi isu besar sehingga kini.
 
Setakat yang ditemui semua komen puak pakatan ialah memperlekehkan sumpah beliau. Ayat yang beliau tuturkan, cara mengangkat tangan dan maksud setiap patah perkataan turut dipertikai dan diperbahaskan.
 
Mungkin DS Rosmah sudah tidak tahan lagi dengan serangan peribadi puak-puak pakatan ini, lalu beliau mengambil keputusan untuk bersumpah dengan bersaksikan nama Allah. Apa hasilnya???
 
Bolehkah isu cincin RM24 juta ini akan menjadi reda kelak?? Bolehkah puak pembangkang menerima seadanya sumpah tersebut atau mereka semakin hebat memperbincangkan kisah ini nanti.
 
Keberanian DS Rosmah bersumpah satu perkara. Namun sepatutnya beliau mengikut cara Nuar Brahim, persetankan dengan segala fitnah tersebut. Sepatutnya DS Rosmah memperlajari daripada kisah Altantunya di mana suami beliau difitnah.
 
DS Mohd Najib  telah beberapa kali bersumpah mengatakan yang dia tidak mengenali model Monggolia bernama Altantunya tersebut. Sepatutnya umat Islam yang membuat posting di Fb menerima sumpah tersebut seadanya. Ini tidak, semalam dan hari ini masih ada posting yang menuduh anak yang dikandung oleh Altantunya itu adalah anak beliau.
 
Sumpah beliau tidak meredakan keadaan. Sumpah beliau masih terus diperlekehkan. Dalam ceramah pembangkang semalam dan hari ini masih memainkan isu berkenaan sambil penceramah tersenyum-senyum malu dan sinis dikala menyebut nama Altantunya.
 
 
 
Ramai juga yang telah melakukan sumpah seperti Saiful dan Eskay, namun itu tidak langsung memberi keyakinan kepada puak pembangkang tentang kebenaran. Harus dingatkan bahawa tidak ada yang lebih hebat dan besar daripada sumpah ini. Tidak ada insan Muslim yang berani semberono bersumpah palsu menggunakan nama Allah. Tak tahulah jika saat hari mengundi menjelang tiba kelak Nuar Brahim tiba-tiba berani bersumpah lahanat.
 
Selepas PM berkali-kali bersumpah, puak pakatan masih tidak mempercayainya, Pemimpin masih memainkan isu tersebut dalam ceramah mereka kerana mereka tahu itulah yang penyokong mereka ingin dengar. Penyokong pembangkang bukan mahu mendengar sesuatu yang benar, sebaliknya mahu mendengar fitnah yang dianggap benar.
 
Lihatlah dalam apa isu sekalipun, jika itu berupa fitnah maka itulah yang penyokong suka dengar dan itulah pula yang penceramah suka sampaikan. Pembawa fitnah dan pendengar fitnah jika bersetuju dengan fitnah tersebut kedua-duanya mungkin ahli neraka. Eh wah.. siapa Jokiden hendak meletakkan hukum ini??  Minta maaf ok.
 
Jadi penyokong tegar UMNO/BN janganlah mengharapkan puak-puak pakatan ini akan slow down selepas DS Rosmah bersumpah. Mereka akan terus memainkan isu ini, mereka akan terus menanamkan rasa kebencian dikalangan penyokong mereka agar mereka tetap berdiri teguh di belakang mereka.
 
Diulang semula catatan Nuar Brahim " UMNO tidak lagi mampu memperbodohkan rakyat, kerana rakyat telah cerdik.." Betul kerana yang masih kekal berjaya memperbodohkan rakyat ialah Nuar Brahim kerana penyokongnya masih ramai yang belum cerdik.
 
Mungkin menyedari bahawa soal sumpah ini tidak akan kemana, tidak membawa kesan mendalam, atau mampu meredakan keadaan, maka sebab itulah agaknya Nuar tidak pernah mahu bersumpah untuk membersihkan namanya. 
 
Dia kalau nak bersumpahpun akan guna Nama Angin, Nama Lautan, Nama Gunung... kah..kah..kah.. kih..kih...kih..kih... Mari kita layan video ni..
 
 
 
 
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

Friday, January 18, 2013

Melaka Kehilangan Tokoh Hebat Yang Di Senangi Rakyat..


 

Ali Rustam sahkan mahu tanding kerusi Parlimen


MELAKA 18 Jan. - Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam hari ini mengesahkan mahu bertanding kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Menurutnya, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Apa pun, keputusan saya ingin bertanding bagi kerusi Parlimen belum diputuskan sehingga kini," katanya selepas menyampaikan bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Palembang, Bukit Baru di sini. - UTUSAN

 sepetang bersama penduduk taman harta pertama, bukit baru. alhamdulilah dar
DAR bersama penduduk Taman Harta Pertama Bukit Baru 18/01/13


sepetang bersama penduduk taman harta pertama, bukit baru. alhamdulilah dar
Bersama rakyat pelbagai kaum. Beliau ternyata disenangi oleh semua.


majlis akad nikah anak en shukor abdul rahman di masjid kampung tun razak. tahniah dar
Di Masjid Kg Tun Razak menyaksikan anak kepada En Shukor Abd Rahman diijab kabulkan 18/01/13


1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.