Tuesday, December 4, 2012

UMNO/BN Bukan Milik Sdn Bhd..


Perhimpunan Agung UMNO 2012
 

Berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO tempoh hari dan sehingga bulan Mac tahun hadapan rasanya fokus pemimpin, ahli parti dan rakyat kebanyakanya ialah tertumpu kepada pembubaran Parlimen dan PRU13 akan diadakan.
 
Topik perbualan di warung-warung kopi atau di loby Hotel mewah juga tidak boleh lari dari kisah PRU ini.
 
Pelbagai kisah daripada kekuatan parti, ramalan terkini, sehinggalah kepada bakal calun dan YB yang bakal digugurkan tidak lepas daripada tajuk perbualan.
 
Sipolan akan digugurkan, sipolan calun winabble, jika sipolan tidak dicalunkan parti ini dan itu akan kalah.
 
Membaca blog-blog politik dari NSDK juga paparan di FB ternyata perbualan juga berkisar kepada PRU13. Ramalan berlegar setiap minit. Tidak terkecuali ialah kisah sabotaj parti, sabotaj calun oleh orang tertentu yang bakal menghantui senario politik tanah air hari ini.
 
Presiden parti dalam penggulungan hujah di Perhimpunan Agung UMNO juga tidak lupa berpesan malah beliau mengwar-warkan satu kaji selidik yang perlu dijawab oleh setiap pendukung parti. "Sekiranya anda tidak terpilih sebagai calun, apakah anda akan...??? Lima andaian sebagai jawapan yang digariskan oleh PM.
 
Kisah sabotaj, merajuk, keluar negara, tidak menunjuk muka serta cah keting bukanlah perkara baru dalam mana-mana PRU di negara ini. Pemimpin parti sejak dahulu sehingga kini sering mengingatkan betapa pentingnya ketaatan kepada pemimpin parti dan kepatuhkan kepada setiap keputusan yang telah diambil.
 
Sungguhpun berkali-kali diingatkan, namun perbuatan sabotaj dan sebagainya itu berlaku juga. Akibatnya calun yang dipilih tidak mendapat sokongan yang padu dan parti akhirnya akan kalah.
 
Ada yang berpuas hati dan merasa gembira apabila calun yang dia tidak sokong kalah kerana itu membuktikan bahawa pemimpin telah tersilap memilih calun. Pemimpin tidak akan tersilap dan calun akan menang sekiranya dia yang dipilih.
 
Pemimpin atau ahli parti yang sebegini sebenarnya merugikan parti. Jika calun yang dipilih tidak disokong kerana ingin membuktikan sesuatu, maka yang rugi ialah parti.
 
Untuk PRU13 ini semuanya seolah-olah menjadi getir. Sebab itu Presiden Parti dan Pengerusi BN mengingatkan berkali-kali betapa pentingnya ahli parti menyokong sepenuh hati calun-calun yang bakal terpilih nanti.
 
 
Transformasi politik pastinya akan dilaksanakan oleh Presiden parti selpeas ini walaupun tidak disukai oleh sesetengah pemimpin. Perubahan terpaksa dilakukan demi masa depan parti, rakyat dan negara.
 
Terdapat kini pemimpin BN yang telah bertanding dalam PRU sebanyak 3 hingga 6 penggal. Bermakna telah menabur bakti selama antara 12 hingga 20 tahun. Tidak mengapa jika tidak mahu berundur, tetapi jika nama tidak tersenarai, jangan cuba-cuba hendak membuat angkara.
 
Jika YB-YB  yang telah otai ini masih juga dikekalkan, kebolehan dan kemampuan mereka setakat itu sahaja. Mereka tidak  akan tiba-tiba sahaja menjadi gemilang dan terbilang selepas PRU13 kelak. Bagi orang lain pula kesempatan untuk menabur bakti. Pusaka bergilir pemimpin berganti.
 
Mereka yang tidak terpilih ini tidak kira siapa mereka, apa kedudukan mereka sekarang, mestilah insaf bahawa masa mereka telah tamat sebagai YB. Berbaktilah dengan cara dan saluran lain pula.
 
Jika masa kita dahulu berduyun-duyun orang menyokong demi untuk memenangkan kita, apa salahnya kali ini kita pula mendukung dan menyokong orang lain agar parti mencapai kejayaan.
 
Bagi ahli parti, orang parti dan rakyat biasa kita mesti sedar bahawa kuasa kita adalah penting. Sekiranya terdapat pemimpin yang tidak terpilih, mereka mengajak kita mengikut mereka mensabotaj calun yang dipilih oleh pucuk pimpinan maka peranan kita adalah jelas, iaitu tinggalkan mereka begitu sahaja.
 
Katakan kepada mereka bahawa kita menyokong parti dan mengutamakan parti. Tidak ada makna sekiranya calun parti kita kalah dan air muka kita jatuh terkebawah.
 
Sebelum pemimpin yang tidak terpilih ini berjaya mengsabotaj parti dalam apa bentuk sekalipun, maka mari kita beramai-ramai mengsabotaj beliau dengan menjauhkan diri dari mereka dan menumpukan sepenuh sokongan kepada calun yang terpilih.
 
Soal tidak puas hati memang tidak dapat dielakkan. Samada calun diumumkan awal atau lambat, perasaan kecewa tidak dapat dihindarkan. Ada pro dan kontranya jika calun diumumkan terlalu awal.
 
Yang penting setiap ahli parti mestilah menerima hakikat bahawa daripada 28 juta rakyat Malaysia yang terpilih sebagai calun hanya sekitar 0.003 peratus  sahaja. Selebihnya adalah merupakan pendukung parti.
 
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

Monday, December 3, 2012

Anggota Polis Malaysia Telah Berlebihan..


 

Kepada pembaca blog, Jokiden mohon maaf kerana blog ini lama tidak diupdate. Tidak ada apa-apa masalah, cuma masa agak terhad sejak Perhimpunan Agung UMNO tempoh hari. Pada Sabtu dan Ahad pula banyak sangat jemputan kenduri.
 
Blog ini akan dikemaskinikan seperti biasa. Sebelum itu mari kita baca artikel yang disiarkan dalam Mingguan Malaysia ini jika ada yang terlepas pandang dan sama-sama kita renungkan.
 
 

Pembangkang mahu beku ambil polis

BATU GAJAH 1 Dis. - Pakatan pembangkang merancang untuk membekukan pengambilan anggota polis baru sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana mendakwa nisbah anggota kepada penduduk di negara ini telah melebihi daripada statistik piawaian di peringkat antarabangsa.
 
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar berkata, nisbah seorang anggota polis kepada penduduk di Malaysia telah mencecah 270, melebihi nisbah yang diperakukan polis antarabangsa (Interpol) iaitu seorang anggota polis bagi setiap 250 penduduk.
 
"Dengan pembekuan ini, saya beri jaminan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa kita akan rancang dan laksanakan peningkatan 15 peratus gaji anggota-anggota polis yang di peringkat bawahan sebaik sahaja kita menang.
 
"Kita lebih baik nisbahnya daripada Singapura, Hong Kong dan Thailand. Anggota polis itu cukup, tapi semuanya tidak payahlah hendak menjadi Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) kot. Bukan tidak payah buat FRU kerana di bawah pakatan pembangkang, kita akan kurangkan kadar protes dan demonstrasi.
 

Wednesday, November 28, 2012

UMNO Selamanya Mengatasi PAS..


Barisan ini gagal disaingi oleh Pas dan PKR.
   

Sesak nafas pemimpin dan pengikut Pas selepas mendengar ucapan perasmian Perhimpunan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO semalam. Ada yang seperti orang baru kehilangan bini. Ada yang seperti baru terbangun dari tidur dan mimpi ngeri. Reaksi ini dapat difahami apabila kita menilai setiap butir komen dari mereka.
 
Berdasarkan komen-komen yang pelbagai yang dihamburkan oleh pencacai pakatan menerusi laman atau media sosial, ternyata mereka meroyan dengan apa yang mereka dengar. Apa yang disampaikan oleh Timbalan Presiden tersebut hanyalah ulangan atau ingatan terhadap kenyataan yang ada di depan mata mereka.
 
 
Sedap dipandang mata.. 
 
Jelas pencacai pakatan ini takut, fobia dan bimbang untuk berhadapan dengan realiti. Mereka takutkan kebenaran. Mereka lebih sukakan khayalan.
 
Realiti politik dalam negara yang mengamalkan demokrasi berpalimen, parti mana yang mempunyai kerusi lebih walaupun satu kerusi maka parti itulah yang akan mengetuai pemerintahan. Menjadi Perdana Menteri tidak sama dengan menjadi Ketua Pembangkang.
 
Kerusi kurangpun jika rakan sekongkol atas sebab-sebab tertentu boleh bersetuju dengan calun dari parti yang memperolehi kerusi paling sedikit untuk menjadi Ketua mereka.
 
Begitu juga apa yang berlaku di Perak tidak sama dengan apa yang mesti dipraktikkan di Putra Jaya. Undang tubuh negeri-negeri di Malaysia berbeza.
 
 
Ini gagal disaingi oleh PKR
 
Di Perak walaupun Pas hanya melukut di tepi gantang, namun berjaya memperolehi jawatan Menteri Besar kerana Undang-undang Negeri Perak tidak membenarkan selain daripada Bangsa Melayu menjadi Menteri Besar. Jadi DAP terpaksa beralah.
 
Pas tidak mahu belajar dari kenyataan, mereka lebih sukakan syok sendiri. Merasa hebat, tetapi tidak hebat. Merasa lebih Islamik dari orang lain tetapi sebaliknya lebih mungkar. Merasakan lebih alim tetapi sebenarnya lebih jahil. Merasakan diri lebih membangun bersama Islam, tetapi sebenarnya lebih mundur. Ini semua pernah dikatakan oleh Nuar suatu ketika dahulu.
 
DAP sebaliknya belajar daripada pengalaman. Sebab itu sekarang ini DAP bersungguh-sungguh mencari calun-calun Melayu yang boleh mereka kotak katikkan untuk bertanding atas tiket DAP dalam PRU13 kelak sebagai persiapan sekiranya memperolehi majoriti, maka calun merekalah akan menjadi Menteri Besar.
 
Mereka akan meletakkan calun Melayu di Perak, di Melaka, di Sarawak, di Negeri Sembilan dan juga di Pahang. Perancangan DAP jelas menuju ke arah kuasa mutlak. Pas sebaliknya asyik beralah dan tunduk layu terutamanya apabila di sergah oleh Karpal Singki. Terbaru ialah kes salun di Kota Baru Kelantan.
 
 
Lambang kemegahan umat Melayu
 
Perlembagaan Persekutuan membenarkan sesiapa sahaja daripada rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan menjadi Perdana Menteri sekiranya memperolehi majoriti dalam PRU. Jadi dalam isu ini jangan mimpilah DAP akan meletakkan calun Melayu untuk bertanding di kawasan Parlimen yang mereka boleh menang. DAP tidak akan mengorbankan  kerusi Parlimen mereka. 
 
Sebagai sebuah parti otai dalam sistem politik Malaysia, Pas menyedari perkara ini. Jika sudah tersedar daripada mimpi, apa kata dalam pembahagian kerusi dalam PRU13 kelak Pas menuntut pembahagian yang sama rata.
 
Pas bertanding di 74 kawasan, PKR 74 dan DAP 74. Sama rata, sama rasa. Ucapan TPM yang membuka mata penyokong tegar Pas (jika mereka insaflah) pastinya membuatkan Nuar meroyan kerana sedikit sebanyak ia akan menjejaskan perancangan Nuar dalam pembahagian kerusi kelak.
 
Sekarang ini apa yang mereka bersetuju untuk tidak bersetuju ialah PKR bertanding di 90 kerusi, DAP 72 dan Pas merosot ke 60. Maknanya belum memasuki PRU13 Pas sudah kalah dan sudah menjadi minoriti.
 
Harus diingat tidak berlaku di mana-manapun dalam negara ini apabila orang Islam tidak memegang kuasa kedudukan Islam kekal terpelihara. Tidak berlaku. Sebaliknya tanpa kuasa orang Islam akan terus di hina sepanjang masa. Perhatikanlah.


TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

Tuesday, November 27, 2012

Wajah Hodoh Pembangkang, Menutup Kepincangan Membisukan Pengkritik..

KO..KO..KO.. PKR, KO..KO..PAS.. KO..KO..DAP

PWTC 2012
 
 
perasmian perhimpunan agong pergerakan wanita, pemuda, puteri umno oleh TPM di dewan merdeka, pwtc dar
 

Hebat, bersemangat, beremosi dan telus. Itulah kesimpulan Jokiden apabila selesai mendengar ucapan Perasmian Serentak Perhimpunan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO 2012 yang dilakukan Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri. 
 
Jika pengikut totok Pas menghayati maksud sebenar surah Al Maidah ayat ke 56 yang dibaca oleh Timbalan Presiden UMNO maka mereka sepatutnya berduyun-duyun meninggalkan Pas, sebuah parti mungkar tetapi berselindung di sebalik imej Islam menuju kepada UMNO yang ternyata jelas perjuangannya untuk Agama Bangsa dan Negara.
 
UMNO tidak pernah mendabik dada tetapi segala-galanya tentang Islam kekal terpelihara hasil daripada komitmen UMNO. Pas hanya menggunakan agama untuk kepentingan politik sempit mereka dan merekalah sebenarnya yang menghina agama Islam sejak dulu kini dan selamanya.
 
Doa yang dibaca oleh Timbalan Presiden UMNO sebelum mengakhiri ucapannya, mampu membuatkan ramai penyokong tegar pakatan yang terkedu, termanggu jikapun tidak pitam.
 
Belumpun ucapan Presiden UMNO bergema di Dewan Merdeka, pakatan haram pembangkang pada malam ini telah menerima pukulan KO daripada Timbalan Presiden UMNO. Itulah akibatnya apabila sarang tebuan dijolok. Puas Timbalan Presiden bersabar dengan segala dakyah palsu yang ditabur oleh pakatan selama ini, pada malam ini menerima pukulan maut daripada Timbalan Presiden.
 
KO PKR, KO PAS dan KO DAP. KO..KO..KO..KOOOOOOOOOOOOOO!!!!!!  
 
Secara terperinci Timbalan Presiden memperjelaskan segala kemungkaran gabungan pakatan sehingga terserlahlah wajah-wajah hodoh mereka.
 
Mengkritik sistem kehakiman negara (lama senyap dah, sebab pemimpin PKR tak ada yang kena dakwa) dengan pelbagai momokan, namun pembangkanglah yang terlebih dahulu berlari ke mahkamah untuk mendapatkan pembelaan dan perlindungan setiap kali mereka ditimpa masalah.

Mereka menggunkan sepenuhnya mahkamah untuk menutup segala kepincangan dan membisukan  pengkritik mereka. Menurut TPM pembangkang Malaysia telah mencipta rekod dunia, menyaman sebuah akhbar lebih daripada RM1 billion semata-mata untuk menghalang akhbar tersebut daripada berterusan memuatkan kisah benar untuk tatapan rakyat. Inilah antara wajah hodoh pembangkang.

Untuk menghalang penyokong mereka daripada mendapat berita sebenar maka difitnahlah akbar tersebut sebagai rasis, pemutar belit dan penyebar dakyah UMNO/BN. Mereka bercakap siang malam menjerit ke selutuh dunia tentang kebebasan media namun merekalah yang menghalang media daripada bebas menyiarkan kisah  mereka. Mereka menghasut penyokong mereka supaya memboikot akhbar arus perdana, tetapi pemimpin mereka selepas waktu subuh sudah menatap akhbar tersebut secara sembunyi. Nyatalah wajah mereka hodoh.
 
Seterusnya Timbalan Presiden memperincikan dan menyimpulkan bahawa apa yang pembangkang praktikan adalah bertentangan dengan apa yang mereka cakapkan. Rakyat sudah muak dengan penipuan mereka.
 
Pemuda, Wanita, Puteri dan warga UMNO akan menuju ke medan pilihanraya dengan penuh bergaya.
 
Tahniah dan syabas Timbalan Presiden UMNO. 
 
TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

Digeruni, Dicemburi Dan Disayangi..



UMNO, PARTI KERAMAT WADAH PERJUANGAN BANGA MELAYU MENGIMBAU BUDI YANG DISEMAI

 
  
 
 

Hari ini bermulanya Persidangan Agung Tahunan UMNO kali yang ke 63  di PWTC dan akan berakhir pada 2 Disember. Bermakna usia UMNO menjangkau ke 63 tahun. PWTC sendiri menjadi saksi kepada kehebatan parti politik Melayu ini.
 
Pada malam ini di Dewan Merdeka akan berlansung perasmian serentak Pergerakan Puteri, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Wanita UMNO oleh Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri.
 
Kemeriahan sebenarnya sudah mulai dirasai oleh setiap yang hadir mulai semalam lagi. Dijangka jumlah kehadiran pada kali ini akan mencecah sebanyak 50,000 orang. Pihak Pengurusan PWTC terpaksa menyediakan makanan atau minuman untuk 40,000 orang setiap hari. Lebih suku juta biji telur diperlukan setiap hari untuk hidangan. Jumlah kehadiran ini pasti mengatasi GOP Parti Democrat dan Republican di Amerika Syarikat.
 
Selain perwakilan yang sah, turut memeriahkan suasana ialah pemerhati (pencacai mengikut istilah pembangkang) yang saban tahun memenuhi setiap ruang di PWTC.
 
Tanpa pencacai UMNO ini masakan anak-anak Melayu yang kebolehannya tidak seberapa tersebut boleh berada di kerusi empuk memenuhi ribuan jawatan di pelbagai GLC. Tanpa anak-anak muda UMNO yang sanggup berbaris panjang, membanting tenaga memanjat tiang memasang bendera masakkan Institusi Pengajian Tinggi dipenuhi oleh anak bangsa.
 
Tanpa pejuang UMNO yang tidak diundang ini masakan begitu ramai Pegawai Melayu kini sedang menerajui Sektor penting Perkhidmatan Awam dengan pelbagai nikmat nyata dan nikmat yang tersembunyi. UMNOlah yang memungkinkan segalanya..  
 
UMNO, budi dan jasa mu terhadap anak bangsa amat tidak ternilai harganya. Bangunan PWTC semakin hari semakin gah melambangkan kuasa dominan Bangsa Melayu, sesuai dengan kedudukannya sebagai Teras atau Tulang Belakang kepada parti pemerintah. Tersinggungnya ahli UMNO dan merajuknya ahli UMNO pasti membawa padah kepada parti gabungan yang lain dalam BN. UMNO sewajarnya dihormati.
 
Turut hadir dalam perhimpuanan kali ini ialah ratusan wakil daripada luar negara yang datang dengan penuh kagum memerhati kejayaan UMNO selama ini.

Turut hadir ialah ribuan wartawan dari dalam dan luar negara kerana ingin membuat liputan dalam perhimpunan terbesar parti umat Melayu ini. disamping bersama-sama meraikan kemeriahanya.

Yang tidak diundang tetapi turut menyibuk hadir ialah ahli-ahli parti lawan dari pakatan pembangkang, samada hendak bertemu kawan lama dari UMNO yang datang dari seluruh pelusuk tanah air atau sengaja ingin menambahkan suasana sibuk di PWTC.
 

  
Upahan siapa pula ini??? Mau tumpang glamour ke??

 
UMNO di geruni oleh lawan, dikagumi oleh kawan dan disayangi oleh paling ramai Bangsa Melayu.
Bukan mudah parti ini hendak ditumbangkan. Kemana ahlinya yang seramai 3.5 juta hendak pergi sekiranya parti keramat ini hendak dikuburkan.
 
UMNO selaku peneraju dan nakhoda kepada sebuah kapal besar BN, menjadi tunjang dalam setiap pertempuran dalam PRU. Kali ini peranan UMNO tidak terkecuali. Mahu tidak mahu semua parti politik samada dalam BN mahupun yang berada di pihak pembangkang terpaksa menerima hakikat kehebatan UMNO ini.
 
UMNO jauh mendahuli parti-parti lain dalam segenap segi. Usahlah hendak dibuat perbandingan diantara UMNO dengan PKR, PAS atau DAP, mereka sebenarnya jauh ketinggalan.
 
Suasana meriah dengan gelombang merah yang mewarnai dalam dan luar PWTC amat memedihkan mata parti lawan. Perarakan Hijau Lynas dari Gebeng dan berakhir di Dataran Merdeka, yang cuba untuk membuat onar di Kuala Lumpur sempena Perhimpunan Agung UMNO ini tidak mampu untuk melunturkan semangat  pendukung dan pejuang atau pencacai UMNO ini.
 
Rakyat Malaysia harus berbangga memiliki sebuah Parti Politik yang begitu banyak berjasa kepada Nusa dan Bangsa. Sementara itu ahli UMNO pula sudah semestinya bermegah dan berbangga menjadi ahli kepada parti politik terbesar Orang Melayu ini. Jokiden orang UMNO.
 
BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT. MEMBUJUR LALU, MELINTANG PATAH. Selamat Bersidang.
 
TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.